Wednesday, October 13, 2010

Sarawak -The Confrontation : "The undeclared war"

IT was known as the undeclared war.

The Indonesian Confrontasi (Confrontation) began in 1963 to destabilise the new-formed Federation of Malaysia which came into being the same year.

As it had promised, the United Kingdom wanted to combine its former colonies in northern Borneo with the Federation of Malaya.

In 1961, the UK and the Malayan government agreed to form Malaysia with Sabah, Sarawak, Brunei and Singapore.

Indonesia and Brunei opposed the idea. During this time, there were locals strongly against such a collaboration and they joined forces with their Indonesian counterparts to form the anti-Malaysia North Kalimantan People’s Army (Paraku) and Sarawak People’s Guerrilla Forces (PGRS) in the hope of unifying all the territories in Borneo to form an independent leftist North Kalimantan state.

The North Kalimantan (or Kalimantan Utara) proposal was seen as a post-decolonisation endeavour by local opposition to the formation of Malaysia.

Homegrown opposition in the Borneo territories was at that time based on economic, political, historical and cultural differences between the Borneo states and Malaya. The undeclared war ended in 1966.

Tuesday, October 12, 2010

Pendidikan: Mencari kebenaran

Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ialah Naib Canselor USM

Rencana "Universiti kita ketandusan idea" oleh Prof. A Murad Merican (Utusan Malaysia, 4 Oktober 2010) bukan sahaja memberi banyak bahan untuk kita berfikir tentang apa yang sedang dan akan berlaku kepada pendidikan, tetapi juga membuka ruang untuk kita menanyakan apakah yang telah terjadi kepada pendidikan semasa?

Yang jelas, pendidikan tidak dapat lari daripada gerakan 'kualiti' yang kini melanda hampir semua sektor. Ia boleh dikatakan bermula pada tahun 1950-an dengan Dr. Edwards Demming seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang tidak mendapat tempat di negaranya sendiri.

Hanya apabila industri Jepun mula melaksanakan ajaran Demming, barulah AS tergesa-gesa mengamalnya dengan harapan untuk mengatasi saingan Jepun. Ternyata ini tidak berlaku dengan mudah terutamanya dalam persaingan industri automotif yang melihat AS terus ditewaskan oleh pesaingnya.

Kini kefahaman 'kualiti' ditingkatkan lagi kepada 'kecemerlangan,' apa lagi dengan buku terlaris oleh Tom Peters dan Robert Waterman Jr. berjudul In Search of Excellence pada awal tahun 1980-an. Ada yang mengatakan bahawa ia merubah bentuk ekonomi kepada yang baru berdasarkan lapan ciri yang digunakan sebagai kayu ukur, termasuk 'automoni dan keusahawanan' sebagai salah satu daripadanya.

Ciri tersebut yang merangkumi - menggalakkan inovasi serta memupuk 'johan' - kini timbul pula sebagai tonggak baru dalam pengukuran 'kualiti.' Dan tercetus satu lagi ekonomi baru yang berasaskan inovasi dan keusahawanan pula.

Pendek kata gerakan 'kualiti' tidak kaku tetapi berkembang terus menerus hampir dalam semua hal yang dipacu oleh industri dalam memenuhi tuntutan ekonominya. Ringkasnya ukuran 'kualiti' jelas menggunakan sebahagian besarnya petunjuk-petunjuk perniagaan.

Boleh juga dikatakan keghairahan mengukur apa sahaja kini dikaitkan secara langsung sebagai satu bentuk meningkatkan 'kualiti.' Walaupun ini tidak ada salahnya tetapi ketaksuban memahami 'kualiti' semata-mata dari kaca mata petunjuk-petunjuk yang boleh diukur adalah mengelirukan dan tidak tepat sama sekali.

Hal ini dapat diinsafi daripada kajian yang dilakukan oleh Tom Peters dan rakannya yang membuat beberapa pengakuan selepas dua puluh tahun yang menunjukkan apa yang dilakukan mereka seolah-olah satu kebetulan. Baginya jika ditanya tentang kajian tersebut sekarang, jawapannya adalah "GAK!" - God Alone Knows! atau Tuhan sahaja yang mengetahui! Malah beliau menganggap orang yang membaca buku perniagaan sedemikian rupa adalah 'bahlul' (idiot).

Satu lagi buku terbaru tentang Adam Smith, memaklumkan kita bahawa beliau membuat pengukuran 'kemewahan' daripada pengaliran barangan kepenggunaan. Sedangkan sebelum itu perkiraan berasaskan pengeluaran emas dan pertanian.

Oleh kerana itu wujudlah kefahaman pasaran yang boleh melariskan barang penggunaan dan kesudahannya pasaran bebas serta kebebasan ekonomi individu. Apa pun semua ini berpaksikan kepada keadaan pada masa itu khususnya di Eropah yang sedang memasuki era perindustrian.

Dengan kata lain, apabila kita heret dunia pendidikan ke dalam kancah 'kualiti' secara melulu, mahu tidak mahu pengaruh ekonomi, pasaran dan kepenggunaan serta petunjuk dan ukurannya terpalit bersama. Secara disedari atau tidak, sifat pendidikan beransur-ansur terpengaruh bagaikan sebuah sistem perkilangan yang menggunakan istilah yang lain tetapi membawa maksud yang sama.

Paling jelas adalah 'peperiksaan' yang seerti dengan 'kawalan mutu'; 'pelajar' bagaikan 'bahan mentah' yang perlu ditambah nilai, kemudian digelar 'produk' untuk dipasarkan di dunia pekerjaan. 'Pengajar' bertindak sebagai 'operator' ke atas bahan-bahan mentah (pelajar); yang lebih kanan mungkin bertaraf 'mandur', sedangkan 'bilik-bilik darjah' umpama tempat-tempat nilai tambah dilakukan mengikut giliran!

Falsafahnya adalah falsafah perniagaan dan jual beli mengikut tuntutan pasaran atau kepenggunaan. Jika tiada tuntutan atau pembeli, hukumnya adalah dtutup sahaja. Tidak kiralah sama ada yang penting itu pembangunan sahsiah atau moral mahupun etika sebagai seorang insan bermaruah.

Yang menentukan segalanya adalah kehendak pasaran, yang sebahagian besarnya berlandaskan pertimbangan keuntungan wang ringgit ataupun modal, termasuk modal insan. Tidak kurang juga dasar-dasar digubal untuk melariskan falsafah ini yang diasak terus dengan hujah-hujah persaingan global dan pengantarabangsaan.

Penarafan dijadikan seolah-olah pengukur yang jitu sebagai penentu yang mutlak! Sayangnya ramai juga yang termakan dengan dakyah ini, tidak kurang penggubal dan pelaksana dasar termasuk dari dalam kalangan mereka yang berada di dunia akademik sendiri.

Begitulah hebatnya desakan yang dikenakan kepada dunia pendidikan yang kian hari kian songsang letaknya. Sedikit demi sedikit kerangka pendidikan turut mula berubah - sama ada ia masih boleh dipanggil 'pendidikan' adalah persoalan yang kesudahannya membebani masyarakat dan masa hadapan kita.

Namun ramai yang kurang sedar akan perubahan sebesar ini, dan tidak kurang yang sanggup melihat nilai-nilai pendidikan digadaikan kepada pasaran demi meraih keuntungan. Oleh itu, kita kini di persimpangan kerana pendidikan tidak lagi mampu memberi jati diri yang mantap, malah sebaliknya.

Prof. Murad menggelarnya sindrom minda tertawan yang menguasai mesyarakat universiti kita. Tetapi lebih daripada itu, universiti hanyalah satu antara banyak yang telah tertawan dengan hujah-hujah palsu namun canggih. Kalau kreativiti dan inovasi sekalipun kita masih memerlukan pengiktirafan daripada mereka kerana kita telah pun terperangkap dalam kerangka falsafah ciptaan mereka.

Soalnya bukan sangat kita ketandusan idea, tetapi lebih daif daripada itu - kita ketandusan maruah dan harga serta nilai jati diri. Kita takut digelar jaguh kampung kerana kita juga telah menggadai kampung sebagai sesuatu yang tidak lagi bernilai. Nilai kita nilai pasaran berjenama walau pun ia tidak langsung ada kaitannya dengan kita selain sekadar sebagai pembeli dan pengguna yang setia.

Tetapi pada hakikatnya itulah kesan pendidikan semasa yang menjadikan kita seorang pembeli dan pengguna yang patuh kepada sogokan pasaran apa saja yang dilabelkan berkualiti atas tafsirannya. Kita amat cukup 'terdidik' untuk akur segalanya kerana inilah dunia pendidikan kita. Pendidikan bukannya lagi untuk mencari kebenaran sebagai matlamat terakhir dalam erti kata sebenarnya!

Thursday, July 22, 2010

Dunia perlu tahu kisah sebenar penderitaan di Gaza

KESENGSARAAN penduduk Gaza sukar untuk digambarkan dalam dunia moden ini, namun itulah realiti yang terpaksa dihadapi di bawah sekatan rejim Zionis Yahudi di Palestin. Penderitaan didedahkan media massa dan bantahan masyarakat antarabangsa yang menentang kekejaman tentera Yahudi tidak sedikit pun dapat meringankan penderitaan mereka, sebaliknya Yahudi semakin angkuh kerana mendapat sokongan negara sekutunya, Amerika Syarikat dan Britain.

Namun, keganasan Yahudi yang terus bertindak kejam ke atas rakyat Palestin tanpa belas kasihan, tidak akan mematah semangat rakyat Malaysia untuk terus menyokong dan menghantar misi bantuan bagi meringankan kesengsaraan mereka. Kita yakin ramai rakyat Malaysia yang simpati dan sedia berkongsi penderitaan yang dialami kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza

Ini dibuktikan dengan penghantaran pasukan sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan ke Gaza selama empat hari yang berakhir kelmarin. Yang pasti, kehadiran PBSM dari Malaysia yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan ke Gaza itu dapat membuka mata masyarakat antarabangsa betapa penduduk Gaza sangat terdesak untuk mendapatkan bahan makanan, pakaian dan ubat-ubatan bagi meneruskan kehidupan yang serba kekurangan, angkara kekejaman rejim Yahudi yang tidak berperikemanusiaan. Untuk keperluan kesihatan, membeli perkakasan baru serta meningkatkan kepakaran dalam bidang perubatan saja, mereka memerlukan RM16 juta. Justeru, rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti pergolakan di Palestin, wajar tampil untuk menyokong misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini termasuk Program Ramadan anjuran PBSM bagi mengumpulkan makanan untuk penduduk serta pakaian kanak-kanak Palestin menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Program ini memerlukan sumbangan individu, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun badan korporat.

Misi PBSM pastinya turut membawa pulang pelbagai fakta dan bukti baru mengenai kekejaman Yahudi yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas penduduk Palestin. Sekurang-kurangnya anggota misi itu membawa pulang pengalaman untuk diceritakan dan digambarkan sebagai paparan rakyat di negara ini. Inilah hakikat yang tersingkap di sebalik runtuhan bangunan, kehancuran tamadun dan kesengsaraan penduduk Gaza.

Semua ini dapat dikongsi dan direnung bersama untuk dijadikan pedoman dan panduan. Selama ini, media pro Zionis atau yang dibiayai pemodal Yahudi sentiasa memutarbelitkan fakta mengenai kejadian yang berlaku di Palestin. Kini, media laman sembang sosial adalah saluran terbaik menceritakan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku kepada penduduk Palestin sejak ditindas Yahudi lebih 60 tahun lalu.

Malaysia perlu terus mempelopori gerakan membantu penduduk Palestin dalam pelbagai aspek lain. Kita percaya cadangan PBSM mengadakan program pertukaran doktor dari Malaysia dan Gaza boleh membantu meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan dan kesihatan di negara berkenaan pada masa depan. Kita juga boleh menimbangkan membawa keluar kanak-kanak Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan serta menjalani proses pemulihan fizikal dan trauma di negara ini.

Sosioekonomi rakyat paling rendah kesan bencana alam

BANJIR dan kemarau - dua bencana alam yang mengancam kehidupan rakyat Kemboja termasuk 500,000 etnik Melayu Cam yang majoriti sebagai pesawah padi di luar bandar serta pedalaman negara itu.

Sebagai negara pertanian dan miskin, sosioekonomi Kemboja sangat rapuh berikutan kebergantungan penduduknya kepada sumber bekalan air semula jadi dari telaga dan sungai yang di luar kawalan kerana tiada sistem pengaliran ke sawah padi serta bekalan air ke rumah kediaman.

Dr Haliza Abdul Rahman, dari Sekolah Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di Kelantan, yang pernah melakukan kajian mengenai Lembangan Mekong dan perubahan cuaca global mendapati Kemboja antara negara paling teruk menerima kesan itu sehingga merubah kitaran hidrologikal serta kehadiran kemarau dan banjir secara ketara. Semua ini memberi kesan ketara terhadap kawasan kediaman, kegiatan pertanian dan kesihatan rata-rata penduduknya.

Beliau berkata, suhu di Kemboja naik 0.8 darjah Celsius sejak 1960 dan terus meningkat lagi antara 0.3 hingga 0.6 darjah Celsius menjelang 2025. Ia diramalkan melonjak 0.7 hingga 2.7 darjah Celsius menjelang 2060.

“Jumlah hujan di Kemboja dijangka meningkat, tetapi magnitutnya tidak menentu. Justeru, negara itu berdepan ancaman terhadap pengeluaran makanan dan keselamatan bekalan makanan,” katanya yang pernah membentangkan kertas kerja bertajuk: Lembangan Sungai Mekong dan Perubahan Cuaca: Ancaman Kepada Kemboja? pada Persidangan Antarabangsa Warisan Melayu di Indochina di Phnom Penh, 25 Jun lalu.

Kajian Kementerian Alam Sekitar Kemboja mendapati perubahan cuaca dijangka meningkat ketika musim hujannya dan mengurangkan hujan pada musim kering.
Ketika ini, 80 peratus penduduk negara itu adalah petani dan data bagi tempoh lima ini mendapati 70 peratus kemusnahan hasil padi disebabkan banjir, 20 peratus lagi akibat kemarau dan baki 10 peratus diserang penyakit.

“Lazimnya, sehingga 2 juta hektar sawah ditanam padi, tetapi (data) pada 2002 mendapati hanya 700,000 hektar diusahakan kerana kekurangan hujan,” katanya.

Data banjir paling buruk pada 2000-2001 menunjukkan 16 wilayah mengalami kerosakan akibat limpahan air Sungai Mekong dan Tonle Sap berikutan hujan lebat.

Bayangkan ketika musim kering, saiz Tonle Sap hanya kira-kira 2,600 kilometer persegi, tetapi zon limpahan airnya meliputi kawasan seluas 16,000 kilometer persegi ketika musim tengkujuh.

Lebih 70 peratus penduduk negara itu juga bergantung sumber protein daripada ikan Tasik Tonle Sap bernilai AS$2 bilion setahun. Lebih 3 juta daripada 15 juta penduduknya bergantung kepada tasik terbesar di Asia Tenggara itu.

Selain pertanian, kesan kemarau turut mengancam 500 spesies ikan air tawar yang sebahagiannya mati ketika musim itu.

“Cuaca yang ekstrem mengancam pengeluaran ikan berikutan kehilangan stok akuakultur serta kemusnahan infrastruktur perikanan dan akuakultur. Perubahan dalam pengeluaran ikan akan memberi impak besar kepada penduduk yang bergantung kepada perikanan sebagai kegiatan utama sara hidup mereka,” katanya.

Perubahan cuaca turut meningkatkan ancaman penyakit seperti demam denggi dan malaria serta impak fizikal serta psikologi lain. Pada 2007, 40,000 kes demam denggi dilaporkan di negara itu dan menyebabkan 404 kematian. Malah pihak berkuasa kesihatan, turut menjangkakan serangan wabak denggi lebih buruk berikutan peningkatan pembiakan nyamuk.

Penduduk Melayu Cam yang majoritinya tinggal dalam zon limpahan banjir tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong sentiasa menghadapi fenomena cuaca ekstrim itu sepanjang tahun.

Ketiadaan hasil pertanian untuk dijual menyebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan (wang) untuk digunakan bagi keperluan lain sekali gus meletakkan tahap sosioekonomi mereka di tahap paling rendah.

Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan ummah bukan hanya isu politik

Agenda harus merangkumi keseluruhan sektor kehidupan

DISKUSI perpaduan ummah di negara kita pada kali ini harus berbeza daripada kebiasaannya sekiranya kita ingin melihat cita-citanya terjelma. Sejak mengikuti wacananya beberapa minggu yang lalu mengenai perkara ini, kita mendapati, ia seperti akan mengulangi kegagalan seperti sebelumnya. Ini disebabkan oleh dua faktor berikut:

Pertama, kita mendapati, tema perbincangan berkaitan agenda perpaduan ummah ini masih berkisar sekitar aspek penyatuan politik antara dua parti terbesar yang mewakili umat Melayu-Islam di negara ini iaitu UMNO dan PAS. Seperti yang kita sedia tahu, tema ini sudah kesekian kali dibahaskan dan ternyata tidak dapat direalisasikan.

Faktor kedua pula ialah kerana penonjolan matlamat bagi usaha perpaduan ini yang sering dirujuk bagi memastikan kuasa politik Melayu di negara ini terus kekal dan kebal. Matlamat ini murni, namun dari sudut berlainan, ia sebenarnya sudah tidak lagi sejajar dengan perkembangan struktur nilai dan budaya baru yang tumbuh dalam negara sejak beberapa dekad terakhir ini.

Pada saya, sekiranya kita ingin melihat agenda perpaduan ummah di negara ini dapat benar-benar dijayakan, maka ia harus memenuhi beberapa prasyarat berikut:

Pertama, agenda perpaduan ummah ini harus merentasi dua parti politik terbesar UMNO dan PAS ini. Sekiranya kita masih terikat dengan dua pertubuhan ini dan menganggap bahawa perpaduan kedua parti ini akan membawa kepada perpaduan ummah seluruhnya, maka ini bererti kerangka pemikiran kita tidak sejajar dengan pertumbuhan struktur sosio-politik di negara kita mutakhir ini.

Apakah asas kepada penyataan ini? Asasnya ialah, secara hakikatnya, kedua-dua pertubuhan politik UMNO dan PAS cuma mewakili sebahagian daripada aspirasi umat Islam di negara ini dari sudut politik. Harus diakui iaitu, kedua-dua pertubuhan ini kini hanya antara pilihan yang ada bagi umat Islam menyatakan cita-cita dan hasrat politik mereka. Ada beberapa lagi pertubuhan politik yang dianggotai oleh sebahagian besar juga umat Islam secara sah di negara ini yang tidak boleh sama sekali dikesampingkan di dalam konteks perbicaraan berhubung agenda perpaduan ummah.
Dalam keadaan sama, kita juga harus menyedari iaitu proses pembangunan ummah di negara ini kini tidak hanya lagi disumbangkan menerusi saluran politik saja. Mutakhir ini, elemen masyarakat madani atau pertubuhan sivil sudah menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan ummah. Pertubuhan masyarakat madani ini tumbuh di dalam pelbagai bidang dan pengkhususan sama ada berorientasi agama, sosial dan ekonomi, sudah mengambil daya usaha tinggi menjayakan pembangunan ummah pada peringkat akar umbi. Dalam hubungan ini, aspek politik kini hanya menjadi sebahagian daripada keseluruhan unsur yang pelbagai di dalam struktur ummah di negara kita hari ini.

Rentetan itu, kita juga perlu mengambil kira sumbangan dan peranan dewan perniagaan, yayasan malah syarikat yang dipimpin oleh warga umat Islam yang juga mempunyai pengaruhnya dan kekuatannya yang tersendiri di dalam konteks pembangunan ummah seluruhnya.

Dalam erti kata lain, struktur sosio-politik umat Islam di negara ini kini sudah begitu dinamik dan rencam. Seluruh unsur saling berkait dan berperanan di dalam mewakili dan menjayakan agenda ummah. Tidak ada mana-mana unsur ini yang memonopoli yang lain kerana semuanya berada dalam suasana hidup bersifat organik yang saling di dalam keadaan memerlukan.

Inilah antara asas berfikir secara keseluruhan yang harus menjadi aspek penting untuk diperhalusi sekiranya usaha menggerakkan perpaduan ummah ini ingin dijayakan. Dalam maksud lain, sekiranya kita ingin melihat agenda perpaduan ummah ini dapat direalisasikan, maka ia harus merentasi sempadan dua politik terbesar UMNO dan PAS. Agenda perpaduan ummah ini harus bersifat menyeluruh dengan membabitkan seluruh sektor kehidupan ummah masa kini meliputi unsur ekonomi, sosial dan budaya. Agenda perpaduan tidak harus hanya tertumpu kepada aspek penyatuan politik semata-mata.

Antara perkara lain yang juga perlu diperhalusi semula ialah berkaitan matlamat akhir bagi usaha perpaduan ummah ini. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, matlamat yang ditonjolkan ialah berkaitan kepentingan bagi memastikan kuasa politik Melayu sentiasa terpelihara.

Seperti disebutkan, walaupun cita-cita ini murni, pada pandangan saya, penghuraiannya harus lebih meluas dan teliti. Matlamat utama agenda perpaduan ummah ini harus tertumpu kepada cita-cita bagi membina kekuatan umat Islam di dalam memastikan ketahanan negara Malaysia mendepani cabaran sezaman.

Menerusi kaca mata ini, agenda perpaduan ummah ialah satu bentuk daya usaha umat Islam bermatlamat untuk mengukuhkan kedudukan mereka dari pelbagai aspek kehidupan meliputi pelbagai seperti keilmuan, kebudayaan, ekonomi, keutuhan sosial dan politik. Selaku kelompok tonggak, kekuatan umat Islam dari pelbagai sudut akan menyumbang secara langsung terhadap pembangunan keupayaan dan kualiti kepemimpinan Malaysia di pentas nasional dan antarabangsa.

Kita yakin perluasan huraian mengenai matlamat dan cita-cita perpaduan ummah ini mustahak sekali. Kejelasan dan dinamika matlamat ini mampu menarik penyertaan yang menyeluruh segenap unsur dari struktur kehidupan umat Islam semasa ke arah menjayakannya.

Perluasan huraian matlamat ini juga boleh mendorong kepada suatu perbahasan yang sihat dan produktif mengenainya dari segenap peringkat masyarakat.

Sekiranya agenda perpaduan ini dipandang prejudis dan ditanggap mempunyai tujuan tersirat oleh mana-mana pihak, maka ia tentu tidak akan mencapai kejayaan. Apatah lagi sekiranya agenda perpaduan ummah ini dilihat mempunyai tujuan dan kepentingan politik tersendiri oleh mana-mana pertubuhan atau kumpulan masyarakat.

Inilah antara beberapa aspek penting yang perlu terlebih dulu diperdebatkan dalam media arus perdana berhubung agenda perpaduan ummah yang kini semakin subur diwacanakan. Diskusi berkaitan aspek ruang lingkup dan cita-cita murni daripada agenda perpaduan ummah ini adalah asas pemikiran awal yang harus digiatkan kerana ia boleh menyumbang kepada mewujudkan sebuah persekitaran yang sihat ke arah penterjemahannya.

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

Monday, June 28, 2010

Kemerosotan nasionalisme Malaysia

KINI kita kian merasakan kemerosotan semangat kebangsaan atau nasionalisme Malaysia. Apakah hal itu berlaku kerana sifat kepelbagaian kita, lalu mengakibatkan terjadinya perpecahan persepsi. Kita terdiri daripada pelbagai kaum, menganuti pelbagai agama dan kepercayaan serta amalan budaya dan adat resam yang tidak sama. Gagasan 1Malaysia bermatlamatkan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', tetapi apakah kita benar-benar memahaminya? Di manakah letaknya teras-teras perpaduan dan nilai berasaskan penerimaan, prinsip kenegaraan (berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara) serta keadilan sosial. Ada puak politik sudah tidak memandang penting lagi akan aspirasi Perlembagaan itu, lalu dengan mudah memperlekeh prinsip-prinsipnya dan memperkecilkan tonggak-tonggak kenegaraan yang pokok. Malah, ada gerakan pihak tertentu mahu merobek dan mengubahnya.

Suatu waktu kita pernah mendengar bagaimana rakyat Malaysia memperleceh negara sendiri di luar negara atau bertindak memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia. Mereka sanggup bersekongkol dengan tokoh-tokoh asing atau menggunakan media asing. Mereka bukan tidak tahu, 'menepuk air di dulang akan terpercik ke muka sendiri'. Rakyat negara maju seperti Korea dan Jepun tidak pula menghina negara sendiri. Orang Singapura pun tidak begitu. Mereka sentiasa mempertahankan negara sendiri. Kalau istilah 'kiasu' dikaitkan dengan sikap tidak mahu mengalah, amalan orang Jepun dengan budaya Jepunnya. 'Kiasu' menunjangi semangat Singapura, rakyatnya sedia memperbaiki kelemahan negara, tetapi tidak memburukkannya. Di Malaysia, konsep perjuangan dalam ungkapan 'biar berputih tulang jangan berputih mata' terbiar di tangan sendiri. Ada orang sanggup menjadi lalang, mudah meliuk lintuk ke sana dan ke mari.

Kita ada satu dekad lagi untuk mencapai Wawasan 2020. Kita mahu maju bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi maju dalam kematangan berpolitik. Rakyat menjiwai kesatuan bangsa Malaysia sepenuhnya. Aspek sosial dan kebajikan, kesejahteraan dan ketinggian nilai moral dan akhlak kekal terpelihara.

Kadang-kadang fenomenanya kritikal disebabkan suasana politik yang sukar dibaca, adanya gerakan pembangkang yang ekstrem dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan sendiri yang tidak konsisten, sekalipun dasar-dasar itu bermatlamat membina nasionalisme Malaysia. Cuba lihat di mana nasionalisme kebudayaan, nasionalisme bahasa dan kekentalan semangat patriotisme terhadap negara yang satu ini. Jika nilai-nilai budaya perkauman dibiarkan mengatasi nilai-nilai kenegaraan, keterlaluan faham 'multi-culturalisme', 'pluralisme', 'laissez faire' tanpa batas, maka di manakah mungkin lahir segera sifat-sifat kenegaraan atau kebangsaan Malaysia itu?

Nasionalisme sesebuah negara maju dicerminkan oleh kekuatan kebudayaan dan jati diri bangsanya. Jadi, kesayangan dan kecintaan terhadap negara sebenarnya menjadi kayu pengukur akan nasionalisme bangsa Malaysia itu. Di sana sini, orang-orang politik pula menggunakan istilah semahu-mahunya tanpa jelas, tepat dan mendukungi makna falsafah atau kebenaran maknawiahnya.

Misalnya, kata 'bangsa' yang merujuk kepada 'negara' atau kita sebagai satu bangsa Malaysia disamakan dengan erti kaum. Memang rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, tetapi mereka itu tetap bersatu atas nama satu bangsa, yakni bangsa Malaysia.

Kaum Cina atau India warga Malaysia, adalah sebahagian daripada bangsa Malaysia. Kebangsaan (nationality) mereka adalah kebangsaan Malaysia. Namun, kedangkalan ilmu persuratan dan buta sejarah lambat laun akan meruntuhkan peradaban sendiri, apalagi jika kaki di sini tetapi akal di bumi orang.

Di sinilah, peranan sistem dan kurikulum pendidikan dalam nasionalisme. Kenapa tidak dijadikan sejarah dan sastera subjek wajib merentasi kurikulum?. Kita hanya ada satu Malaysia. Kemusnahan negara mengakibatkan kemusnahan kita. Orang politik selalu bermain dengan api perkauman.

Konsep negara maju yang mahu kita bina itu mengikut acuan kita sendiri. Maknanya acuan budaya. Apakah acuan barat atau acuan asing dari segala ceruk rantau dunia yang mahu kita pakai? Kemajuan sepenuhnya itu untuk apa dan untuk siapa? Tanyakan diri bagaimana sifat-sifat perpaduan negara yang kita maksudkan, formula integrasi sosialnya, budaya ekonomi secara mana? Nyatakan rupa bentuk keadilan sosial yang mahu kita bina agar kemiskinan dapat kita hapuskan tanpa mengira kaum. Jika Melayu dan bumiputera diberikan keutamaan dan keistimewaan kerana kemunduran, kemiskinan dan kedaifan mereka, kenapa hakikat ini sukar diterima?

Itulah juga tuntutan Perlembagaan. Sepatutnya tidak ada cemburu seandainya Model Baru Ekonomi (MBE), bermula dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh itu memasukkan satu bahagian khusus tentang mekanisme menyelesaikan isu ini.

Kenapa semangat kebangsaan atau nasionalisme kita merosot? Jika nasionalisme kita merosot, apakah ada jaminan bahawa kita akan dapat mencapai tahap sebuah negara maju? Jepun, Korea Selatan, Perancis, Jerman, dan beberapa negara lain adalah contoh negara-negara yang mencapai kekuatan kerana nasionalisme budayanya yang tinggi. Keyakinan asing kepada negara kita terletak kepada tahap keyakinan kita.

Kita kehilangan nasionalisme kerana rakyat kita berjiwa perkauman. Kita akan dipandang rendah apabila kita sendiri tidak memandang tinggi akan diri dan bangsa sendiri. Menjelang tahun 2020, kita mahu melihat sistem pemerintahan yang mantap sesuai dengan keyakinan baru yang dipupuk.

DATUK A. AZIZ DERAMAN ialah AJK Gapena dan Mantan Ketua Pengarah DBP/Mantan Ketua Pengarah Kebudayaan

Ubah format UPSR, mansuh PMR

KEBELAKANGAN ini banyak perubahan atau pindaan yang ingin dilaksanakan kerajaan. Salah satunya ialah memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seperti biasa ramai yang mengusulkan pandangan.

Agak merimaskan apabila polemik pemansuhan peperiksaan tersebut dibiarkan berlarutan. Ini kerana banyak pihak tertunggu-tunggu apakah keputusan sebenar kerajaan. Malang apabila isu ini disensasikan dan dipolitikkan pihak tertentu kerana memakan masa yang lama untuk dimuktamadkan.

Seharusnya pindaan, rombakan atau penstrukturan semula tidak dilakukan secara kerap kerana ia akan mengundang tanggapan negatif masyarakat dan inilah yang menyebabkan kerajaan dituduh flip-flop dalam melaksanakan sesuatu keputusan.

Mengenai peperiksaan UPSR dan PMR, secara peribadi, PMR wajar dimansuhkan tetapi tidak bagi UPSR berdasarkan justifikasi berikut. UPSR perlu dikekalkan atas dasar ia menjadi penunjuk aras pencapaian dan keupayaan murid sekolah rendah menerima pendidikan formal selama enam tahun, seterusnya dapat menilai keberkesanan pelajaran dan pembelajaran di sekolah. Pencapaian murid dalam UPSR selama ini meningkat dan peratusan semua lulus dan 100 peratus (%) A juga bertambah. Jadi, mengapa ia perlu dimansuhkan?

Kejayaan tersebut belum memadai kerana masih banyak sekolah luar bandar menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Tahap pencapaian murid juga bergantung kepada kaedah pengajaran dan cara pemahaman yang disampaikan oleh guru.

Tambahan pula kerajaan telah menetapkan bahawa dalam tempoh tertentu pada masa akan datang, setiap bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah perlu memiliki kelayakan ijazah.

Sudah tentu kesemua mereka ini diberikan kepercayaan untuk mengajar di peringkat sekolah rendah. Kemuncaknya, UPSR menjadi penentu kepada sejauh manakah kelayakan tinggi yang dimiliki guru mampu menyediakan murid cemerlang UPSR sekali gus peperiksaan itu menjadi cabaran kepada guru dan murid untuk menempuhnya. Jadi, adakah wajar UPSR dimansuhkan setelah langkah penyediaan guru yang lebih berkualiti diambil?

Soal sistem pembelajaran sekarang berorientasikan peperiksaan sepatutnya tidak timbul kerana peperiksaan itu perlu dan keputusan untuk memansuhkannya dirasakan tidak tepat kerana kita mungkin mempunyai alternatif lain.

Apa gunanya jika UPSR dimansuhkan tetapi diganti dengan peperiksaan lain? Ia sama sahaja dan kita janganlah menjadikan perkara ini sebagai jenaka dengan memansuhkan UPSR tetapi selepas itu diwujudkan pula peperiksaan lain. Ia tetap peperiksaan.

Alternatif yang mungkin boleh dilaksanakan ialah mengekalkan UPSR tetapi konsep atau format peperiksaan itu perlu diubah, tidak hanya berteraskan peperiksaan bertulis sahaja tetapi mungkin boleh ditokok tambah dengan elemen lain dengan turut menyertakan pemarkahan dalam pencapaian luar kelas, keterampilan, mock interview atau kerja kursus mengikut tahap kesesuaian peringkat umur pelajar supaya lebih dinamik dan mengikut spesifikasi yang diinginkan dalam melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan tidak terlalu bergantung dengan keputusan peperiksaan bertulis semata-mata.

Ini membolehkan guru-guru menilai sendiri pelajar yang berpotensi dan menyerlah ketika dalam sesi pembelajaran dan keupayaan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia secara tidak langsung menepati konsep penilaian berterusan yang menjadi asas kepada pendidikan sepanjang hayat.

Maka dengan itu, para pelajar juga tidaklah terlalu memfokuskan kepada pelajaran akademik sahaja tetapi mereka juga perlu mengambil bahagian dan menonjolkan kemampuan dalam setiap elemen yang akan ditetapkan dalam 'peperiksaan baru' tersebut sepanjang tempoh persekolahan selama enam tahun dan bukannya hanya bersedia pada saat-saat akhir peperiksaan seperti mana yang sering kita dengar dari mulut para pelajar sebagai last minute study.

Atau, mungkin sudah tiba masanya sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah mahupun menengah memulakan sistem pointer iaitu dengan mengumpul purata nilaian gred (PNG) dan purata nilaian gred keseluruhan (PNGK) seperti yang diamalkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan universiti. Bagaimanapun, sistem ini agak rumit jika hendak dilaksanakan di sekolah rendah. Justeru, satu mekanisme baru perlu diwujudkan dengan mengguna pakai atau mengaplikasikan sistem ini tetapi disuaipadan dengan tahap sekolah rendah agar lebih relevan.

Melalui sistem ini, pemarkahan pelajar ditentukan berdasarkan peratusan tertentu yang telah ditetapkan untuk beberapa elemen pada setiap semester sepanjang tempoh persekolahan. Sebagai contoh, 40% daripada markah peperiksaan bertulis UPSR akan ditambah dengan kerja kursus (10%), kehadiran (10%), partisipasi dalam kelas, (10%) , dan kokurikulum (30%) setiap semester. Kesemua markah tersebut akan dikumpul dan dikira sebagai purata lalu diterjemahkan sebagai keputusan keseluruhan UPSR serta diberikan gred bagi setiap mata pelajaran. Ini bermakna purata markah yang telah dikumpul sejak darjah 1 hingga 6 akan menunjukkan keupayaan dan nilai sebenar murid itu.

PMR pula dilihat lebih wajar dimansuhkan kerana ia sekadar satu platform untuk menempatkan pelajar ke sekolah dan aliran tertentu apabila mereka menginjak di tingkatan empat dan lima (menengah atas).

Mungkin ada yang menyatakan PMR boleh dijadikan sebagai medan untuk menebus kesilapan dan kegagalan UPSR agar pelajar boleh berhijrah dari sekolah menengah harian biasa ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau ke MRSM atau mana-mana sekolah elit setelah mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR. Ya, mungkin alasan tersebut boleh dijadikan sandaran tetapi adakah menempatkan diri di sekolah pilihan menjadi keutamaan berbanding dengan keputusan cemerlang yang perlu diperoleh?

Di sinilah kita dapat lihat mengapa perlunya UPSR dikekal dan diperkasakan supaya murid mempunyai kesedaran dari awal lagi untuk berusaha dan meningkatkan kemahiran insaniah agar dapat menempatkan diri di sekolah elit dengan pencapaian membanggakan apabila mereka berada di peringkat sekolah menengah.

Kita tidak mahu PMR sekadar dijadikan alat untuk menebus kembali kegagalan UPSR seolah-olah peperiksaan tersebut merupakan talian hayat bagi mereka yang lambat menerima kesedaran. Kita tidak mahu apabila calon UPSR mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, mereka akan menaruh harapan pula kepada PMR dengan kata-kata ini, "tak apa, PMR nanti aku nak berusaha lebih baik". Ia menggambarkan para pelajar gemar bertangguh dan terlalu mengharap peluang kedua untuk mencapai kejayaan. Tanggapan ini perlu diubah.

Selain itu, kewujudan PMR telah memberi tekanan kepada pelajar khususnya apabila mereka berada di tingkatan tiga. Jika sekolah rendah hanya mempunyai satu peperiksaan iaitu UPSR sepanjang enam tahun persekolahan, mengapa di peringkat sekolah menengah para pelajar perlu menghadapi dua peperiksaan iaitu PMR dan SPM dalam tempoh lima tahun persekolahan? Faktor peringkat umur, tempoh masa dan tahap kesukaran kurikulum juga patut diberikan perhatian.

Tempoh lima tahun dengan dua peperiksaan itu dilihat membebankan pelajar. Adalah lebih baik jika 'halangan' yang perlu dilalui pelajar tingkatan tiga dihapuskan kerana ia akan menawarkan satu nilai masa dan ruang yang selesa bagi pelajar meneruskan pelajaran dan kegiatan luar kelas tanpa dikenakan sekatan dan tekanan peperiksaan.

Perlu diketahui bahawa terdapat sekolah yang mengehadkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum apabila mereka berada di tingkatan tiga atas alasan mereka harus menumpukan kepada soal akademik, tambahan pula banyak program ilmiah dan kem kecemerlangan telah dirangka pihak sekolah sebagai mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi PMR. Ini merupakan satu bentuk tekanan kepada pelajar kerana keinginan mereka untuk bergiat aktif dalam aktiviti luar kelas telah dinafikan.

Maka kewajaran untuk memansuhkan PMR dilihat lebih relevan kerana fungsi dan peranannya tidak menjadi suatu keutamaan jika dibandingkan dengan UPSR.

PENULIS ialah pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Friday, June 25, 2010

Pengajian diploma lebih jamin tempat pelajar Melayu di IPTA

2010/06/24

Semakin ramai lepasan SPM cemerlang ikuti matrikulasi kecewa tidak diitawarkan jurusan diminati di universiti

AYAH mahu kamu belajar sampai masuk universiti. Keluar nanti jadi doktor. Belajar rajin-rajin supaya boleh masuk universiti. Keluarga kita bukannya ada duit nak hantar kamu ke kolej swasta.”

Tekanan sebegini selalu sangat diberikan ibu bapa kepada anak mereka terutama bagi yang mahu menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini kerana bagi ibu bapa, tiada jalan terbaik bagi merencanakan masa depan anak mereka kecuali mengejar ijazah di universiti terkemuka.

Jika ditanya pada pelajar, ramai yang menyatakan keinginan untuk mengikuti pengajian ijazah berbanding diploma, sedangkan sudah ramai pelajar berjaya mencapai kedudukan tinggi dalam kerjaya hanya bermula dengan diploma.

Mungkin atas sebab itulah, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar membuat kenyataan seolah-olah mempertikaikan keberkesanan sistem matrikulasi dalam menjanjikan peluang kemasukan ke jurusan ijazah, selain sijil matrikulasi sendiri tidak layak dijadikan dokumen rasmi menyertai pasaran pekerjaan.

Kata Dr Sahol Hamid, jika dibuat perbandingan, pelajar yang memasuki jurusan matrikulasi terpaksa bersaing dengan pelajar bukan Bumiputera yang mengambil peperiksaan STPM dan kebiasaannya, mereka akan mengisi tempat dalam jurusan perdana, misalnya perubatan dan perakaunan.

Keadaan ini menyebabkan ramai pelajar Melayu yang juga lulus cemerlang tetapi gagal dalam kiraan merit akan diserapkan ke jurusan bukan pilihan mereka, sekali gus bakal melahirkan bakal pekerja kurang berkualiti disebabkan ia bukan pilihan mereka.

Ia sekali gus merugikan industri, malah dikatakan antara penyebab ramai pelajar lepasan ijazah memilih menjadi guru dengan menyertai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
“Jumlah pelajar matrikulasi gagal mendapat tempat dalam jurusan yang mereka minat semakin ramai. Boleh dikatakan membimbangkan dan perlu tindakan segera. Realitinya, ramai yang tak sedar bahawa ada jalan lain untuk menyertai kursus yang mereka lebih berminat.

“Pengambilan pelajar matrikulasi perlu dikurangkan supaya lebih fokus dapat diberikan. Ia penting bagi memastikan mereka yang memasuki matrikulasi mendapat tempat dalam jurusan yang mereka minat.

“Tempat ke universiti untuk pelajar matrikulasi memang cukup tetapi masalahnya ialah jurusan. Bukan semua 30,000 pelajar matrikulasi berjaya, ada yang gagal,” katanya.

Beliau berkata, tempoh pengajian dalam bidang matrikulasi selama setahun pendek berbanding dua tahun bagi pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan tiga tahun bagi diploma, sekali gus mewujudkan tekanan tinggi terhadap pelajar matrikulasi untuk menghabiskan pelajaran dalam masa singkat.

“Budaya pelajar Melayu belajar sangat berbeza. Orang kita tak tahan tekanan. Mereka sebenarnya hebat tetapi ada budaya belajar tersendiri.

“Mereka bukan manja tetapi memerlukan tempoh agak panjang untuk membiasakan diri. Sebenarnya, jika diberi ruang dan masa secukupnya, orang kita (Melayu) mampu tampil hebat,” katanya.

Beliau berkata, persoalan lain ialah adakah pelajar matrikulasi sekadar menghafal untuk lulus cemerlang atau benar-benar menguasai ilmu yang diajar.

Dr Sahol berpendapat lebih menguntungkan jika pelajar memasuki jurusan peringkat diploma terlebih dulu kerana ia akan membolehkan mereka memasuki kursus diminati dan pasti ada tempat di universiti yang mempunyai pelbagai cabang kursus.

Selain itu, katanya, pembelajaran pada peringkat diploma lebih sesuai untuk membina daya pemikiran mengikut umur dan memberi peluang pelajar menyerap tekanan dengan lebih baik kerana tempoh pengajian lebih selesa selama tiga tahun.

“Peluang untuk lulus dalam jurusan peringkat diploma pula tinggi. Ketika ini mereka mempunyai dua peluang saluran iaitu ke peringkat ijazah atau memasuki industri. Berbanding ketika di matrikulasi, ramai yang gagal mendapat tempat sesuai.

“Sekurang-kurangnya, jika memasuki kursus diploma dan gagal mendapat kelulusan cemerlang, mereka masih boleh bekerja. Peratusan gagal dalam diploma pula tidak lebih lima peratus,” katanya.

Katanya, meskipun banyak manfaat jika memasuki kursus diploma, tidak ramai sedar kerana berasakan ia adalah peringkat rendah berbanding matrikulasi. Selain itu, pihak sekolah atau kaunselor sendiri kurang faham mengenai faedah dan keburukan sesuatu kursus.

Merujuk kepada peluang kerjaya, Dr Sahol berkata kebanyakan syarikat atau industri lebih berminat dengan pelajar berkemahiran dan yang memiliki diploma.
“Saya kerap dikunjungi wakil industri yang lebih berminat dengan pelajar diploma kerana mereka berkemahiran,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat Kementerian Pelajaran tidak perlu membuat pengambilan terlalu ramai untuk peringkat matrikulasi bagi mengelakkan pelajar Melayu tidak rugi dan gagal memperoleh kursus yang dikehendaki.

Ini kerana, katanya, pengamatannya ke atas kualiti pelajar di universiti dan lepasan diploma yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah lebih berkualiti berbanding mereka yang menyertai matrikulasi terlebih dulu.

Matrikulasi ‘Bazir masa dua tahun jika gagal ikuti kursus diminati’

2010/06/24

MATRIKULASI sebenarnya merugikan orang Melayu lantaran ramai yang menempuh tempoh pengajian selama satu hingga dua tahun yang dianggap sia-sia kerana akhirnya tidak berjaya mendapat tempat dalam kursus yang dikehendaki, sedangkan mereka adalah kumpulan pelajar berpotensi dan cemerlang pada peringkat SPM.”

Itu antara pandangan yang dilontarkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, ketika diminta mengulas mengenai senario kedudukan pelajar matrikulasi terutama membabitkan pelajar Bumiputera.

Kata beliau, majikan ketika ini lebih gemar memilih pekerja yang mempunyai kemahiran khusus serta lebih fokus.

“Secara perhitungan kasar, pelajar yang gagal peringkat matrikulasi sudah membazirkan masa selama hampir dua tahun, sedangkan jika mereka mengikuti program diploma, dalam masa lima tahun, mereka sudah boleh menyelesaikan pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Malah, ada yang boleh mendapat ijazah dalam masa empat tahun.

“Berbeza dengan pelajar matrikulasi, kebanyakan mereka terpaksa melalui tempoh pengajian hampir enam tahun untuk memiliki ijazah, sedangkan mereka pelajar cemerlang,” katanya.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang, Mohd Aedlan Nur Ahmad, berkata beliau sendiri adalah produk matrikulasi yang dikecewakan kerana tidak mendapat kursus dikehendaki meskipun kelulusannya layak untuk memasuki bidang berkenaan.

“Ketika matrikulasi saya memilih bidang biologi tetapi ditawarkan untuk kursus dalam bidang kejuruteraan. Ia menyebabkan saya terpaksa belajar semula bidang fizik. Ia membuktikan dakwaan ramai orang yang matrikulasi sebagai tiket untuk masuk ke IPT tanpa mengambil kira kursus yang diingini.
“Bagi saya, pelajar diploma lebih baik sebabnya sejak awal lagi sudah didedahkan dengan bidang kursus tertentu dan alam pengajian di IPT. Berbeza dengan pengalaman di matrikulasi, setahun di sana bagai tiada apa-apa. Saya sebenarnya cemburu melihat rakan dari program diploma.

“Mereka (pelajar diploma) nampak seakan-akan sudah menguasai banyak bidang berbanding kami yang lahir daripada program matrikulasi. Mereka juga menguasai banyak ilmu luar kelas termasuk kepemimpinan. Pendek kata, mereka lebih matang,” katanya.

Bagi Mohd Aedlan, paling mengecewakan ialah sepanjang pengamatannya, hampir lebih separuh daripada pelajar di matrikulasi tidak mendapat tempat dalam jurusan yang diingini.

Berbeza pula pandangan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Hilmi Juhari, yang beranggapan pemikiran pelajar matrikulasi lebih terbuka dan mampu diberi pendedahan bersaing dengan ramai pelajar.

Justeru, baginya, tidak timbul soal rasa kecewa jika tidak mendapat tempat dalam jurusan yang dikehendaki kerana sebenarnya matrikulasi satu laluan untuk ke IPT dengan ada dua lagi saluran lain iaitu diploma dan STPM.

Namun, dia mengakui jika dilihat dari segi kualiti pelajar ijazah di IPT, ia lebih dikuasai lepasan diploma yang kelihatan lebih matang serta mudah menguasai sesuatu bidang, mungkin kerana tempoh pengajian mereka sebelum ini yang lebih lama berbanding hanya setahun ketika di matrikulasi.

Kementerian Pelajaran belum cadang henti sistem matrikulasi

2010/06/24 Berita Harian Rencana

MESKIPUN diakui wujud beberapa kelemahan dalam sistem matrikulasi, beberapa naib canselor universiti dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berpendapat ia perlu diteruskan Kementerian Pelajaran kerana masih relevan dalam menyediakan peluang kemasukan ke universiti untuk pelajar Bumiputera.

Alimuddin berkata, matrikulasi sebenarnya diwujudkan sebagai trek pantas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki universiti dan kurikulumnya juga disediakan dengan keperluan untuk memenuhi tujuan itu.

Selain itu, katanya, memang diakui semua pelajar matrikulasi perlu sedar persaingan yang wujud antara mereka dengan pelajar lepasan diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), namun atas kapasiti sebagai pelajar cemerlang dalam kalangan lepasan SPM, mereka sepatutnya mampu menempatkan diri dalam kalangan pesaing terbaik menerusi kiraan merit.

“Pelajar matrikulasi terdiri dalam kalangan mereka yang terpilih antara terbaik dalam keputusan SPM. Justeru, secara teorinya mereka mesti boleh mengikuti program itu dengan baik serta mampu menempatkan diri dalam kalangan terbaik.

“Kurikulum di matrikulasi bukan sebarangan, penyediaannya disertai semua naib canselor institusi pengajian tinggi (IPT). Keperluan IPT dimasukkan dalam kurikulum itu dan persefahaman itu sepatutnya sudah dikira mantap. Namun, saya tak nafikan wujudnya kelebihan dan kekurangan dalam mana-mana program yang ada.

“Program diploma memberi peluang kepada pelajar untuk memasuki bidang yang lebih khusus berbanding pelajar matrikulasi yang lebih terbuka peluang mereka menyertai jurusan lain. Justeru, untuk memastikan mereka berjaya ditempatkan dalam program yang mereka mahu, kenalah berusaha untuk mendapat keputusan terbaik,” katanya sambil mengakui pengambilan pelajar matrikulasi akan bertambah setiap tahun.

Pandangan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengenai kurang berkesannya matrikulasi dalam memberi laluan sesuai kepada pelajar ke universiti disangkal dua rakan sejawatannya dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berpendapat program itu perlu diteruskan untuk menyediakan pilihan kepada pelajar merencanakan masa depan mereka.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata pengajian tinggi sebenarnya bukan sekadar bermatlamat melahirkan tenaga mahir dalam sesuatu bidang tetapi turut berperanan membina insaniah bakal graduan supaya mempunyai karakter yang matang serta mampu berkomunikasi dengan cemerlang.

Justeru, isu kegagalan pelajar mendapat jurusan yang mereka minati bukanlah perkara besar dan sewajarnya dijadikan soal kedua kerana sudah terbukti ramai individu berjaya dalam kerjaya yang diceburi meskipun mempunyai ijazah dalam bidang berbeza.

“Ramai yang sudah berjaya, sedangkan dia tidak belajar pun bidang itu di universiti. Ramai tokoh korporat hebat tidak pernah pun belajar mengenai organisasi. Ramai juga ahli perniagaan yang langsung tidak pernah mengikuti bidang ekonomi atau perniagaan. Tengok sekeliling kita betapa ramai yang berjaya dengan memiliki ijazah dalam bidang berbeza.

“Jangan terlalu vokasional dalam menyediakan pendidikan. Pelajar kita selama ini terlalu banyak disuap.

“Kita perlu lebih fokus memikirkan bagaimana mahu mengeluarkan hasil berkualiti bukan mempersoalkan mengenai kemasukan. Tidak perlu bagi kementerian menutup opsyen yang ada ketika ini.

“Sistem di Malaysia sebenarnya menyediakan ruang yang pelbagai dan sewajarnya kita meraikan kepelbagaian itu. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk membuat pilihan bergantung kepada kemampuan dan keupayaannya. Sudah sampai masa semua universiti mula memberi fokus kepada melatih kepemimpinan,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Abdullah, berkata meskipun ada kebenaran dalam kenyataan Naib Canselor UiTM itu, realiti yang perlu diambil kira ialah pelajar di matrikulasi adalah golongan cemerlang dalam SPM dan sewajarnya mereka tiada masalah untuk cemerlang ketika mengikuti program itu.

“Diakui memang sukar untuk memasuki bidang perubatan tetapi jika seseorang pelajar itu mampu lulus cemerlang dan layak, rasanya tiada masalah untuk dia menempatkan diri dalam kalangan mereka yang terpilih secara merit.

“Sistem sedia ada sekarang adalah satu sistem terbaik yang wajar diteruskan. Pelajar terbaik dalam SPM biasanya dapat tawaran ke seberang laut. Selebihnya akan mengikuti program matrikulasi yang saya anggap sebagai sumber penting sebagai laluan ke universiti.

Berita Harian cuba mendapatkan dua jabatan yang berperanan secara langsung dalam isu ini iaitu Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran, namun kedua-dua pihak enggan mengulas dengan alasan ia adalah isu sensitif dan akan diselesaikan pada peringkat dalaman yang membabitkan perbincangan lanjut.

Thursday, April 15, 2010

Dialog memahami satu sama lain

Oleh DR. SAODAH ABD RAHMAN

PERKARA-perkara sensitif seperti isu keagamaan perlu ditangani melalui dialog dan perbincangan di kalangan ahli yang pakar dalam hal ehwal keagamaan. Dialog keagamaan merupakan satu inisiatif yang baik untuk membuka ruang bagi ahli-ahli teologi dan juri dalam pelbagai agama membicarakan sesuatu yang terbuku dalam hati dan minda mereka.

Perbincangan keagamaan mungkin menimbulkan pelbagai persepsi negatif di kalangan umat Islam terhadap program tersebut jika agenda dan etika dialog tidak dijelaskan secara terperinci.

Pengalaman penulis menyertai dialog keagamaan di Barat sejak 1989 mendapati umat Islam sering membangkitkan isu keikhlasan pihak gereja menganjurkan dialog agama. Umat Islam menunjukkan sikap prejudis terhadap gereja kerana agama Kristian dan Islam merupakan agama yang paling aktif dalam misi pendakwahan. Sikap prejudis itu jika tidak ditangani secara perbincangan dan hikmah boleh menimbulkan pelbagai perspektif yang negatif.

Pelbagai usaha dilakukan oleh para sarjana Islam dan Kristian di negara Barat bagi menjelaskan perkara-perkara berkaitan dengan keagamaan dan perundangan negara. Perbincangan keagamaan di Barat lebih terbuka kerana kebanyakan masyarakat mereka mengamalkan corak hidup dan budaya sekular. Bagi masyarakat Barat, agama merupakan hak individu yang tidak perlu dipersoalkan oleh ibu bapa dan masyarakat apabila anak-anak mereka menjangkau umur 18 tahun. Corak pemikiran dan kehidupan begini menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat Islam yang berada di dunia Barat.

Dialog keagamaan yang dilaksanakan di negara-negara Barat memberi kesan yang paling baik kepada umat Islam kerana melalui dialog ini, mereka dapat menjelaskan ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat bukan Islam. Ini merupakan satu pendakwahan Islam terhadap masyarakat bukan Islam. Pengalaman penulis menyertai Jewish, Christian and Muslim Conference pada 13 hingga 20 Mac 1989 di Bendorf, Jerman Barat dan Christian and Muslim Women Conference pada 28 Oktober hingga 4 November 1990 di tempat yang sama, mendapati perwakilan ketiga-tiga agama tersebut begitu gigih menunjukkan keindahan agama masing-masing dan dialog agama menjadi begitu hangat apabila isu-isu keagamaan yang sensitif dibangkitkan.

Hasil daripada perbincangan secara terbuka dan keikhlasan para peserta meluahkan perasaan dan ketidakpuasan terhadap satu sama lain, akhirnya berjaya menghasilkan resolusi yang baik dan diterima oleh kesemua pihak. Dialog agama yang dianjurkan di negara Barat lebih tertumpu kepada pemahaman terhadap budaya dan amalan agama yang pelbagai. Umat Islam begitu gigih menjelaskan secara terperinci amalan agama Islam yang tidak boleh dikongsi dengan masyarakat agama lain. Penjelasan begini memerlukan pemahaman agama yang mendalam dalam aspek teologi, hukum hakam dan undang-undang Islam. Sarjana Islam di negara Barat begitu aktif menyertai dialog agama demi mempertahankan keindahan agama dan memperkukuhkan akidah umat Islam yang berada dalam dunia sekular.

Memahami satu sama lain (mutual understanding) merupakan asas kepada dialog agama. Ia merupakan salah satu etika berdialog. Setiap individu yang ingin menyertai dialog keagamaan perlu memahami objektif dialog dan bukan untuk mengintegrasikan pemahaman teologi dan budaya kehidupan beragama mereka kepada golongan agama yang lain. Keikhlasan dalam dialog keagamaan merupakan asas kejayaan dalam perbincangan.

Dialog diadakan untuk memahami dan menjalinkan hubungan kemanusiaan secara harmoni, bukan untuk mengeruhkan keadaan dan menimbulkan kemarahan dan kebencian. Konteks budaya dan amalan keagamaan setiap masyarakat beragama perlu dihormati bukan dicemuh dan dijadikan bahan perbahasan oleh penganut agama lain. Setiap agama mempunyai amalan-amalan yang dianggap tidak rasional oleh penganut agama lain. Oleh itu, orang yang berada di luar lingkungan agama tersebut tidak mempunyai hak untuk mengintegrasikan budaya agama mereka ke dalam agama tersebut. Sikap begini bertentangan dengan etika masyarakat beragama.

Menghormati budaya dan amalan agama masyarakat berbilang agama merupakan asas kepada perpaduan dan keharmonian. Dialog agama tidak akan berjaya jika individu yang menyertai dialog lebih cenderung kepada objektif pendakwahan agama kerana setiap individu yang menyertai dialog mempunyai hasrat untuk mempertahankan amalan agama masing-masing. Oleh itu, sikap faham memahami amat diperlukan bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam negara yang dihuni oleh pelbagai agama dan bangsa.

Reformasi yang wujud dalam sesuatu agama tertentu mungkin bersesuaian dengan agama itu sahaja. Tidak semua agama memerlukan reformasi kerana kepercayaan, pemahaman konsep hidup dan cara menyembah Tuhan adalah berbeza. Berdasarkan kepada pemahaman begini, maka 200 ahli teologi yang mewakili 20 agama dari 50 negara yang menghadiri Interreligious Assembly di Vatican, Rom pada 25 hingga 28 Oktober 1999 membuat resolusi bahawa keaslian dan kejituan setiap agama perlu dikekalkan dan setiap individu perlu menghormati amalan agama penganut agama yang berbeza.

Usaha untuk mencampuradukkan sesuatu ajaran agama dengan agama lain ditentang oleh para ahli teologi kerana kegiatan begini boleh merosakkan keaslian dan kesahihan ajaran agama. Oleh itu, setiap individu yang menyertai dialog agama perlu menghormati etika berdialog supaya perkara yang sulit dan sensitif dapat diselesaikan secara berhemah.

PENULIS ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tuesday, April 13, 2010

Pengertian undang-undang

Undang-undang diadakan untuk faedah masyarakat. Dengan perkataan lain, adanya undang-undang dapat menjamin ketertiban masyarakat; ia bererti orang dapat hidup dengan lebih bahagia. Tujuan utama undang-undang bukan untuk menghukum walaupun biasanya bila orang melanggar undang-undang, mereka harus dihukum.

Dalam masyarakat moden sekarang, undang-undang mempunyai pengertian yang semakin kompleks kerana fahaman undangundang memang tidak statik.

Undang-undang di Malaysia sekarang ini berdasarkan undang-undang British yang buat kali pertama dikuatkuasakan waktu pihak British menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786. Kemudian dengan beransur-ansur sistem itu diperkenalkan Semenanjung Tanah Melayu, di antara tahun 1874 bila Perjanjian Pangkor ditandatangani di Perak dengan tahun 1919 bila kerajaan Terengganu menerima seorang Penasihat British. Terengganu memang kerajaan yang terakhir di Semenanjung Tanah Melayu yang terpaksa membenarkan pihak British campur tangan dalam sistem pentadbirannya.

Perlu dijelaskan di sini bahawa sehingga Perang Dunia Kedua, pihak Britain tidak menjajah kerajaan Melayu; ia hanya menjajah Negeri-negeri Selat yang sejak 1867 secara rasmi disebutkan sebagai 'Tanah Jajahan Mahkota British' pada hal kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu (jumlahnya sembilan sejak 1895) mempunyai status 'Negeri-negeri Melayu Naungan'. Orang yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat menjadi Pesuruhjaya Tinggi British kepada Negeri-negeri Melayu Naungan.

Sistem pentadbiran dan pemerintahan British memang berbeza dengan apa yang sudah lama wujud di kerajaan-kerajaan Melayu tradisional. Sistem British mengutamakan 'kedaulatan undang-undang (bertulis)'. Menurut tradisi di Barat secara umum, sistem pentadbiran terbahagi kepada tiga bahagian: (1) yang meluluskan undang-undang (Perundangan), (2) yang melaksanakan undang-undang (Eksekutif) dan, (3) yang mentafsirkan undang-undang (Kehakiman). Itu disifatkan sebagai 'pengasingan kuasa' - peranan ketiga-tiga tidak sepatutnya bertindih.

Menurut sistem itu juga, bila seseorang individu ditahan dan dituduh melanggar undang-undang misalnya oleh pihak polis, dia belum lagi boleh dikatakan bersalah atau tidak bersalah. Itu juga bererti yang dituduh semestinya diberi peluang untuk mempertahankan diri, biasanya melalui seorang peguam. Seterusnya, kalau dia didapati bersalah oleh mahkamah rendah, dia berhak merayu kepada mahkmah yang lebih tinggi.

Dalam setiap masyarakat yang berpegang kepada konsep 'kedaulatan undang-undang', prosedur untuk melakukan sesuatu mengikut undang-undang sememangnya dinyatakan dan pihak eksekutif tidak boleh mengambil tindakan dengan sewenang-wenang kerana ia jug perlu patuh kepada undang-undang.

Konsep 'kedaulatan undang-undang' tidak selalunya jelas kepada orang ramai di Malaysia, terutamanya mereka yang kurang terdedah kepada masyarakat Barat. Dalam sistem pendidikan, ia tidak diberi keutamaan. Oleh yang demikian prosedur amatlah penting untuk menjamin supaya pelaksanaan undang-undang atau pun peraturan akan berjalan dengan licin dan saksama kerana hanya dengan wujudnya keadaan seperti itu barulah huru-hara dapat dielakkan. Keadaan di mana setiap orang mempunyai kuasa yang tersendiri dan tiada orang yang terpaksa patuh kepada pihak yang tertentu sudah pasti akan menimbulkan keadaan kucar-kacir dan akibatnya kepentingan dan kebahagian setiap orang dalam masyarakat akan terjejas.

Perlu ditegaskan juga, konsep 'kedaulatan undang-undang' bukan bererti pihak yang menguatkuasakan atau mentafsirkan undang-undang tidak perlu menggunakan budi bicara. Manusia bukan jentera sama ada dia seorang polis atau pun hakim. Walaupun kelonggaran yang ada padanya berbeza-beza - ia bergantung kepada keadaan - sebagai manusia yang mempunyai akal, seseorang itu seharusnya sentiasa menimbangkan tindakan yang akan diambilnya dengan teliti dan seboleh-bolehnya tanpa emosi.

Undang-undang wujud untuk faedah orang ramai. Tetapi ada kalanya undang-undang yang wujud boleh mengganggu orang ramai. Polis yang bersembunyi untuk memerangkap pemandu kereta dengan tidak membezakan di antara mereka yang membuat kesilapan tidak sengaja dengan mereka yang memandu dengan cara yang bukan hanya berbahaya tetapi tidak bersopan adalah pegawai yang tidak mengutamakan keselesaan majoriti pemandu terutamanya polis yang menegaskan bahawa mereka "hanya menjalankan arahan".

Polis yang menurut arahan pun sepatutnya berfikir sama ada tindakannya akan menolong atau mengganggu orang ramai. Dalam keadaan tertentu mungkin amaran sudah memadai. Bukan semua orang yang melanggar undang-undang adalah penjenayah. Kadang-kadang mereka hanya cuai; kadang-kadang mereka memang kurang jelas tentang undang-undang walaupun secara umum, kejahilan tentang undang-undang tidak dapat diterima sebagai alasan. Tetapi di Malaysia memang ramai tidak diberi pendidikan yang cukup sempurna di sekolah.

Tidak dapat dinafikan tugas seorang polis sangatlah berat. Bagaimana pun ia seharusnya meyakinkan orang ramai bukan mengugut mereka. Maksudnya polis perlu sentiasa memberi penjelasan tentang undang-undang dengan cara yang rasional, bukan hanya dengan memberi jawapan: "Saya menurut perintah." Kalau polis sendiri kurang jelas tentang kebijaksanaan undang-undang yang perlu dikuatkuasakan, tindakan yang diambilnya sudah tentu tidak membawa makna kepadanya sendirinya apa lagi kepada orang yang kononnya sudah melanggar undang-undang.

Orang Timur telah banyak meminjam institusi Barat tetapi fahaman orang Timur di peringkat akar umbi perihal institusi-institusi itu tidaklah mendalam kerana tidak ramai orang Timur yang terdedah kepada budaya Barat. Tambahan pula, institusi-institusi sosial Barat, begitu juga undang-undang Barat, sudah banyak mengalami perubahan sejak satu atau dua abad kebelakangan ini. Misalnya, di England sendiri, suatu undang-undang yang telah dipinda untuk menyesuaikannya dengan perubahan persepsi masyarakat ialah hukuman terhdap pencurian.

Lebih kurang 150 tahun dahulu, sesiapa yang mencuri di England akan digantung sampai mati. Sekarang mencuri boleh menjadi jenayah yang agak ringan. Mereka yang mencuri untuk memberi makanan kepada kanak-kanaknya yang menghadapi kebuluran tidak mungkin akan dihukum oleh mahkamah.

Ternyata niat sangat penting. Seseorang yang melanggar undang-undang tanpa niat yang jahat mungkin akan diampun tetapi sesiapa yang melanggar undang-undang dengan niat untuk menguntungkan diri sendiri, di samping itu membawa kesedihan kepada orang lain pasti dihukum. Tetapi individu tidak dibenarkan bertindak sendiri untuk menghukum seseorang penjenayah. Seseorang itu boleh membunuh kalau nyawanya dalam keadaan bahaya apabila dia diserang oleh seorang perompak.

Undang-undang yang dikuatkuasakan tanpa budi bicara boleh dianggap kejam kerana ia lebih menganiaya daripada memberi manfaat kerana biasanya undang-undang diluluskan berasaskan andaian bahawa ia akan menolong mewujudkan ketertiban dan keselamatan dalam masyarakat. Tetapi sejauh mana ia berkesan bergantung kepada mereka yang menguakuasakan dan mentafsirkan undang-undang.

Akhir-akhir ini Malaysia juga telah mengambil berat tentang hak asasi kemanusiaan sehingga telah ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) lebih kurang 10 tahun dahulu. Tetapi kewibawaan yang diserahkan kepada Suhakam adalah terbatas. Tugas utamanya adalah untuk memantau dan membuat laporan bukan untuk bertindak.

Masyarakat umum di Malaysia tidak dididik agar mereka benar-benar faham bahawa, walau pun setiap orang dikatakan mempunyai hak asasi kemanusiaan, itu bukan bererti mereka boleh bertindak dengan sesuka hati. Pelaksanaan hak perlu disertai dengan tanggungjawab. Kerana manusia hidup dalam masyarakat, tindakan setiap orang boleh memberi kesan kepada orang lain maka dengan melaksanakan hak diri sendiri, seseorang individu seharusnya sentiasa menjamin agar dia tidak melanggar hak asasi orang lain.

Suatu kemusykilan lagi yang mulai timbul sekarang ialah kuasa yang dipegang oleh pihak eksekutif. Kadang kala ia terkeluar daripada tugas yang dihadkan kepada mereka, iaitu mereka bukan hanya menjalankan tugas sesudah bahagian perundangan meluluskan undang-undang yang berkenaan malah kadang-kadang mereka juga menentukan hukuman dan bukan badan kehakiman.

Masyarakat Malaysia memang perlu dididik dengan lebih sempurna terutama sekali golongan muda. Kerana generasi ibu bapa sekarang bukanlah mereka yang telah diberi pendidikan yang lebih bulat maka sikap mereka tentang anak-anak sendiri bukan terpengaruh oleh keprihatian kepada masyarakat dan negara tetapi oleh agenda peribadi. Maksudnya pengorbanan untuk faedah masyarakat tidak dititikberatkan sama ada di rumah atau di sekolah. Kerana itu penguatkuasaan undang-undang pun dari semasa ke semasa menjadi masalah kerana keadilan tidak kelihatan jelas bila tindakan diambil oleh sama ada badan eksekutif atau kehakiman.

Apa yang ternyata tidak diutamakan oleh mereka yang menjalankan tugas sama ada di sektor awam atau swasta ialah integriti. Undang-undang yang bagaimana sempurna pun tidak akan membawa kebahagian kepada masyarakat kalau mereka yang diberi tanggungjawab menguatkuasakannya tidak menjalankan tugas dengan penuh kesedaran bahawa tindakan mereka dalam jangka masa panjang akan menstabilkan atau menghapuskan masyarakat.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim Jabatan Sejarah Universiti Malaya

Amal hidup bermasyarakat

DI manakah masyarakat sekitar pekan kecil Sungai Choh, Hulu Selangor ketika seorang bayi dilemparkan ke dalam timbunan sampah di pekan itu, kelmarin?

Mungkin masyarakat sekitar ada ternampak seseorang melemparkan 'sampah' itu, tetapi menganggap bungkusan itu adalah sampah biasa. Jadi, mereka fikir... biarkan sahaja kerana itu memang lokasi tempat membuang sampah.

Hanya apabila seseorang lain mendapati bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi, barulah masyarakat menunjukkan reaksi terkejut dan kesal. Mungkin bagi sesetengah orang adalah tidak adil untuk kita menyalahkan masyarakat sekitar kawasan tersebut kerana sesiapa pun pasti tidak dapat menjangka apakah isi kandungan bungkusan yang dibuang itu.

Namun, jika masyarakat bijak 'membaca' riak wajah dan gerak geri pelaku terbabit, nescaya jika bayi itu masih bernyawa, ia dapat diselamatkan iaitu sebaik sahaja bungkusan itu dicampak ke dalam timbunan sampah, segeralah pergi ke situ untuk membuat pemeriksaan. Jika di dalamnya terdapat seorang bayi yang masih bernyawa, ambil dan bawa ke klinik atau hospital berdekatan sebelum melaporkannya kepada pihak polis. Tetapi, jika hanya janin kaku ditemui, maka segera lapor ke balai polis berdekatan.

Tidak sukar untuk 'membaca' kelakuan dan air muka orang yang mahu melakukan kesalahan. Keadaan diri mereka pasti 'tidak tentu hala' dan asyik meninjau di kawasan sekitar dengan mata yang meliar. Namun sukar juga untuk membuat 'tangkapan' kerana menghampiri mereka yang mahu mencampakkan bungkusan yang dicurigai akan menyebabkan pelaku lari lintang pukang. Biasanya, itulah yang akan berlaku. Jika itu berlaku, pastikan nombor pendaftaran kereta atau motosikal serta jenis kenderaan pelaku dicatatkan. Tetapi jika bungkusan itu dibuang pada waktu tengah malam yang mana tiada orang berada di sekitarnya, apakah yang boleh kita lakukan.

Kebiasaannya, individu yang melakukan perbuatan itu akan memilih waktu 'selamat' untuk melakukannya. Perbuatan mereka begitu licik dan kerana itulah, sehingga hari ini, tidak banyak kes membuang bayi dapat diselesaikan. Ini menyebabkan pelaku masih bebas dan mungkin akan mengulangi perbuatan yang sama. Berbanding dengan kes mendera kanak-kanak, ia lebih mudah untuk dikesan kerana mangsa dera akan dihantar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

Maka di sini, peranan masyarakat terutama jiran tetangga paling berkesan dalam membantu menangani kes buang bayi. Mustahil suara tangisan bayi atau kanak-kanak yang didera tidak dapat didengari dari rumah sebelah. Kebanyakan kes berlaku di kawasan perumahan biasa yang dinding rumah diperbuat daripada bahan tidak kalis bunyi. Jika tiba-tiba muncul suara bayi yang menangis kuat di rumah sebelah yang diketahui jiran hanya didiami oleh anak-anak gadis sahaja, maka tentulah suara tangisan itu sesuatu yang luar biasa. Sebagai jiran yang prihatin, periksalah apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin langkah pantas itu akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Setiausaha Agung Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Ezaruddin Abd. Rahman berkata, tanpa kerjasama masyarakat dalam membantu menangani gejala membuang bayi, masalah itu bukan sahaja akan berterusan, malah akan bertambah teruk.

Justeru, katanya, sikap masyarakat yang tidak suka mengambil tahu apa yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing perlu diubah.

Menurutnya, masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya.

Namun, katanya, memandangkan masyarakat hari ini tidak lagi mengamalkan hidup bermasyarakat seperti zaman dahulu, maka perlu ada usaha untuk mengembalikan dan seterusnya mengukuhkan amalan hidup tersebut.

"Kita boleh 'memaksa' masyarakat agar kembali kepada landasan hidup bermasyarakat. Antara yang boleh dilakukan adalah pihak berkuasa tempatan mewajibkan pasukan Rukun Tetangga diwujudkan di setiap kawasan perumahan.

"Tugas anggota Rukun Tetangga itu bukan sekadar mengawal pada waktu malam, malah mengadakan aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim komuniti.

"Menerusinya, ukhuwah dan perpaduan masyarakat setempat bukan sahaja dapat diperkukuhkan, malah semangat kejiranan yang tinggi dapat diwujudkan.

"Dengan memiliki semangat itu, barulah setiap anggota komuniti saling mengambil tahu antara satu sama lain," ujarnya.

Selain itu, katanya, memandangkan pelajar universiti semakin banyak terlibat dalam gejala sosial tersebut, maka kawasan perumahan di luar kampus yang didiami pelajar perlu juga mempunyai seorang penyelia atau penggawa kediaman.

"Jika setiap hostel pelajar di dalam kampus mempunyai penggawa, maka setiap kawasan perumahan luar kampus yang didiami pelajar juga perlu ada seorang penggawa yang dilantik daripada kalangan penduduk.

''Pihak universiti boleh memberi elaun kepada mereka, namun saya yakin kebanyakan penduduk lebih suka membuat kerja sukarela, asalkan kawasan kediaman mereka bebas daripada gejala sosial," katanya.

Beliau mengemukakan cadangan itu berdasarkan pengalamannya sebagai pelajar di sebuah universiti tempatan di Selangor.

Katanya, sepanjang menjadi pelajar, beliau mendapati terdapat pelajar bersekedudukan sehingga melahirkan anak.

"Jadi, jika ada seorang penggawa dari kalangan penduduk, maka gejala itu dapat dibendung," katanya.

Naib Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Pahang, Datuk Rosni Zahari yakin sikap masyarakat boleh diubah jika kempen seperti Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia diperbanyakkan.

Katanya, kadang kala masyarakat memerlukan satu kejutan untuk menyedarkan mereka daripada tidur lena akibat leka dengan urusan peribadi.

"Saya yakin masyarakat ada kesedaran, cuma ia mengambil masa sedikit untuk berubah," ujarnya.

Bagaimanapun, jika kempen yang diadakan masih tidak berkesan, maka tindakan lebih tegas seperti meminda seksyen Kanun Keseksaan boleh dilakukan.

Beliau berkata, akta berkaitan yang ada sekarang boleh dipinda agar ada ketakutan dalam diri mereka yang ingin melakukan perbuatan membuang bayi atau mendera kanak-kanak.

"Memandangkan ia adalah satu jenayah, maka hukuman yang lebih keras dan setimpal dengan perbuatan kejam mereka wajar diperkenalkan," katanya.

Thursday, April 8, 2010

Pengajaran Perang Bosnia

TEMPOH 18 tahun bukanlah masa yang terlalu lama. Pada 3 April lalu, genaplah setahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dengan membawa slogan menarik, 1Malaysia iaitu ingin menyatupadukan semua etnik dan agama di negara ini.

Biarpun konsep 1Malaysia diketengahkan, suara-suara perkauman serta keagamaan melampau terus dikumandangkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada ketika inilah ramai yang tidak menyedari pada 18 tahun yang lalu, berlaku satu peristiwa yang membawa kesan amat besar kepada dunia. Lantas, adalah wajar jika kita mengingati peristiwa itu kerana ia begitu relevan dengan negara kita serta genap setahun Najib menjadi Perdana Menteri.

Sebenarnya pada 6 April 1992, berlaku satu tragedi di bekas Republik Yugoslavia. Pada hari itu, seorang gadis etnik Bosniak, Suada Dilberovic, 24, telah dibunuh oleh penembak curi Serbia di tengah bandar Sarajevo, Bosnia, menjadikannya mangsa pertama keganasan kaum Serb di negara berkenaan.

Dalam kejadian pada 6 April 1992 itu, Suada bersama kira-kira 100,000 orang penduduk Bosnia dari pelbagai agama dan etnik telah berarak secara aman meraikan kemerdekaan Bosnia-Herzegovina dari Yugoslavia. Perarakan itu juga bagi menyatakan protes mereka terhadap tindakan Tentera Rakyat Yugoslav (JNA) pimpinan Serb Bosnia yang mengepung Sarajevo bagi memulakan perang terhadap etnik Bosniak dan Croat.

Bosnia yang dipimpin oleh Alija Izatbegiovic yang juga Presiden Republik Sosialis Bosnia, sebelum itu telah menarik diri dari Yugoslavia. Keputusan itu dibuat melalui pungutan suara pada November 1991, tetapi diboikot oleh etnik Serb.

Sebelum itu Croatia, Macedonia dan Slovenia telah terlebih dahulu mencapai kemerdekaannya dari Yugoslavia. Ini menyebabkan Presiden Republik Srpska, Rodovan Karadzic dan Presiden Serbia, Slobodan Milosevic memutuskan untuk memerangi dua etnik itu.

Ketika situasi tegang itulah pada 6 April 1992, satu tunjuk perasaan besar-besaran di adakan di Sarajevo dan Suada terkorban. Dari sini perang Bosnia merebak hingga akhirnya lebih 200,000 orang terbunuh. Dianggarkan 65 peratus daripada keseluruhan mangsa perang itu ialah etnik Bosniak yang beragama Islam, etnik Serb (25 peratus) manakala selebihnya Croat dan lain-lain bangsa.

Selain itu, lebih 50,000 wanita dirogol dan 2.2 juta lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. Oleh sebab itulah, sejarah keruntuhan Yugoslavia ini perlu kita ambil pengajaran kerana terdapat banyak persamaan antara Malaysia dengan negara tersebut.

Pertama, Yugoslavia negara pelbagai etnik. Begitu juga Malaysia. Di Bosnia, etnik Bosniak yang beragama Islam, meliputi 43 peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu. Ini diikuti oleh etnik Serbia (31 peratus) yang menganut Kristian Ortodoks manakala Croat, Kristian Katolik (17 peratus). Di Malaysia pula, masyarakat Melayu/Islam adalah majoriti (54 peratus).

Kedua, sejak menjadi pemimpin Yugoslavia pada 1945, Josip Broz Tito telah berjaya menyatukan seluruh etnik itu dalam satu kesepakatan yang kukuh. Beliau tidak memberi ruang kepada suara-suara pelampau perkauman, demi membina Yugoslavia yang bersatu.

Biarpun beliau berketurunan Croat, ramai pemimpin dan aktivis Croat telah ditahan Tito apabila cuba mencetuskan suara perkauman. Paderi juga tidak terlepas daripada tindakan beliau.

Bagaimanapun, selepas kematian Tito pada 1980, pergelutan etnik mula tercetus dan tidak dikawal. Natijahnya, Yugoslavia akhirnya runtuh pada 1991 dan Perang Bosnia tercetus pada 1992.

Lihatlah situasi yang berlaku di Malaysia. Suatu ketika dahulu, kita hidup harmoni. Suara-suara perkauman melampau disekat secepat dan setegas boleh. Mereka yang mengapi-apikannya akan menerima padah seperti yang dilakukan dalam Operasi Lalang 1987.

Tetapi, apa yang berlaku dewasa ini? Apabila suara-suara perkauman dan keagamaan melampau diberikan ruang, ketegangan kaum mula tercetus. Keadaan ini diapi-apikan pula oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan hingga menyebabkan kita berasa gerun dengan apa yang berlaku.

Situasi ini menyatakan bahawa Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang tegas, tetapi menghormati hak semua bangsa dan etnik di negara ini. Menghormati bukan bermaksud menunaikan semua permintaan sesuatu kaum hingga mereka menjadi besar kepala, tetapi menunaikan apa yang sepatut dan seadilnya seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Selama hampir 40 tahun Tito memerintah, semua etnik di Yugoslavia hidup bersatu. Tetapi mengapa sebaik-baik beliau meninggal dunia pada 1980, ketegangan kaum mula tercetus? Ada dua sebab. Pertama, kerana pemerintah selepas beliau memberi ruang kepada suara-suara perkauman. Kedua, dikatakan semasa pemerintahan Tito, beliau menekan etnik-etnik tertentu.

Perkara seperti inilah yang perlu dielakkan dan diberi perhatian oleh penguasa politik negara. Kedudukan Islam dan Melayu perlu sentiasa dijaga rapi dan dihormati, tetapi dalam masa yang sama, hak kaum dan agama lain mesti sentiasa dijaga.

Pengajaran kedua yang perlu diambil ialah jangan lalai dengan nasib bangsa. Itulah yang berlaku kepada etnik Bosniak. Walaupun menjadi etnik majoriti dan memegang kerusi Presiden Bosnia, tetapi pegangan politik mereka tidak sekukuh yang digambarkan.

Dari segi ketenteraan pula, etnik Bosniak ini tidak bersedia untuk menghadapi serangan. Tentera Republik Sosialis Bosnia Herzegovina bukan sahaja kekurangan dari segi peralatan, malah turut dianggotai oleh etnik-etnik lain (25 peratus).

Ini berbeza dengan tentera Serb, Army of Republika Srpska, yang dianggotai 100 peratus etnik Serb. Ia sangat lengkap dari segi peralatan dan mendapat sokongan luar, terutama dari Serbia dan Rusia.

Ketiga: Jangan percaya kepada kuasa asing. Cuba lihat kembali apa yang dilakukan oleh Tentera Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) dan Britain semasa Perang Iraq dahulu.

Iraq menceroboh Kuwait pada 2 Ogos 1990. Pada 17 Januari 1991, AS memulakan serangan udara yang cukup dahsyat dan sebulan setengah kemudian (28 Februari 1992), Saddam Hussein terpaksa menyerah kalah. Perang itu tamat dalam waktu yang begitu singkat sekali.

Lihat pula serangan Tentera Bersekutu ke atas Iraq bagi kali kedua pada Mac 2003. Serangan bermula pada 22 Mac dan berakhir pada 1 Mei, iaitu kira-kira 50 hari sahaja.

Tetapi, apakah yang dilakukan oleh Tentera Bersekutu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta PBB untuk menghentikan pembersihan etnik oleh tentera Serb dan Croat ke atas masyarakat Muslim Bosnia dahulu? Kenapa mereka tidak bertindak seperti yang dilakukan di Iraq?

Jangan lupa juga, Rodovan Karadzic, hanya ditangkap selepas 13 tahun perang berakhir. Ratko Mladic, pemimpin tentera Serb Bosnia pula, sampai sekarang masih 'gagal dikesan.'

Ini berbeza dengan tindakan mereka di Iraq. Tentera Barat mencari Saddam 24 jam sehari, sehingga ke lubang cacing. Beliau ditangkap enam bulan selepas tamat perang (14 Disember 2003) dan tiga tahun kemudian, iaitu pada 30 Disember 2006, bersamaan dengan fajar Aidiladha, hukuman gantung sampai mati dilaksanakan ke atasnya.

Pengajaran keempat ialah, jangan sekali-kali lupakan asal usul. Inilah yang berlaku di Bosnia, apabila generasi mudanya melupakan Islam. Akhirnya, mereka hilang kesatuan jemaah dan longgar persaudaraan sesama Islam. Hinggakan kita di Malaysia sendiri tidak tahu etnik Bosniak adalah Muslim.

Yang terakhir, pihak-pihak tertentu, khususnya Barat memang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Mereka ibarat serigala yang tidak pernah melupakan mangsa. Sayangnya, masyarakat Islam Bosnia pada 18 tahun yang lalu, seperti tidak sedar mereka di kelilingi oleh serigala.

Itulah juga situasi yang sedang berlaku di Malaysia. Kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu sering kali dicabar. Mereka melakukan pelbagai daya bagi memperlekehkan semangat bersatu padu 1Malaysia.

Thursday, March 18, 2010

GST perlu ambil kira tuntutan rakyat, industri

2010/03/18
CUKAI perkhidmatan dan barangan (GST) tidak dibentangkan bagi bacaan kedua pada sidang Parlimen kali ini. Kerajaan ada alasan kukuh apabila mengambil keputusan itu bagi membolehkan penelitian terperinci dilakukan, termasuk mendapat pandangan dan maklum balas segenap lapisan rakyat sebelum dikuatkuasakan. Walaupun pembangkang mendakwa penangguhan itu disebabkan desakan mereka banyak pihak sebelum ini pun sudah meminta masa untuk menelitinya.

Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) misalnya, meminta lebih banyak masa supaya kerajaan dapat memperjelaskan beberapa perkara yang masih keliru. FMM juga mengemukakan beberapa cadangan dan menyuarakan kebimbangan terhadap sistem cukai GST ini dan meminta kerajaan mengkaji pandangan itu terlebih dulu sebelum GST dilaksanakan. Pandangan FMM ini penting kerana mereka adalah golongan yang mengeluarkan barang yang akan dibeli pengguna, tentunya mereka ingin tahu pada peringkat pengeluaran yang mana satu harga barang itu perlu ditambah cukai.

Memandangkan struktur percukaian itu sangat kompleks dan meluas, wajar bagi kerajaan mengambil masa secukupnya untuk menggubal rang undang-undang itu supaya menjadi akta yang sempurna dan tidak membebankan rakyat. Jika akta GST dikuatkuasakan dengan pelbagai kelonggaran, itu bukan saja menunjukkan kelemahan, malah sekali lagi dijadikan modal politik. Apa yang penting, kerajaan perlu memberi penjelasan seluas-luas mengenai GST sebelum melaksanakannya. Paparkan angka, contoh dan pengalaman negara lain, kesan dan sumbangannya serta keseluruhan struktur pelaksanaan sistem percukaian itu supaya rakyat memahaminya.

Justeru, proses mengumpul maklum balas daripada semua lapisan dan sumber perlu dilakukan secara menyeluruh. Maklum balas peringkat paling bawah pada akar umbi pun perlu diambil kira dalam merumuskan rang undang-undang itu. Mungkin kerajaan boleh menggunakan kaedah atau sistem pengumpulan maklumat ketika menggariskan kandungan dasar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian. Yang lebih rencam membabitkan tugas menyediakan kandungan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) atau meminjam idea ketika menggubal strategi Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Walaupun GST tidak sama dengan tiga aspek transformasi dalam pentadbiran dan pengurusan jentera kerajaan itu yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana sekretariat memperoleh makluman balas rakyat. Tidak keterlaluan jika satu ‘makmal GST’ digerakkan segera supaya hasil kajian lebih tepat, menyeluruh dan wajar. Sebagai jentera yang melalui proses transformasi besar-besaran, kerajaan tidak wajar dituduh gagal dalam pelaksanaan GST. Akta ini jangan dianggap remeh atau sulit sehingga tiada keseimbangan. Ia mampu disedia dan dikuatkuasakan dengan jaya jika tidak mengetepikan semangat, kepentingan dan tuntutan rakyat segenap peringkat. Ambil iktibar GST dari negara yang sudah melaksanakannya dan menjadi kelebihan kepada Malaysia untuk menguatkuasakan akta itu tanpa perlu mengulangi kesilapan atau kegagalan di negara lain.

Wednesday, March 17, 2010

A mother’s great love for adopted son with HIV

A MOTHER’S LOVE: Norlina hugs Uteh, regardless of his illness and biological state

A shy boy sits quietly next to his mother. When asked for his name, he timidly looks down. On the surface, he seems like any ordinary boy.

But this 10 year-old, nicknamed ‘Uteh’, carries the burden of living with HIV. Both his biological parents are no longer alive.

Uteh was adopted by Norlina Alwi, founder of Nurul Iman Welfare Society for the Children of People Living with HIV/AIDS (Pernim), when he was three years old after his mother passed away.

His grandfather gave him away for adoption as he was not capable of taking care of Uteh.

Norlina currently has 50 children, of whom seven are her own and the rest adopted. All her children are currently living with her under one roof. The youngest adopted child is aged three months and the eldest 16 years old.

As for her own children, they are aged between three and 18 years old.

When asked why she adopted so many children even though she already had seven of her own, Norlina simply stated: “I want to be a mother for them.

“I cannot stand seeing a child without a mother, more so a child that is ill. My heart is all out for them. Children need love and care. I am sure many women feel the same way I do.”

Norlina, who is from Ampang, Selangor, was in town yesterday to attend a press conference for The Women’s Forum 2010 organised by Hawa Ghazzali Holdings Sdn Bhd.

She is one of the five speakers invited to share her experience at the forum to be held at the Pullman Hotel here on May 2.

“I am here to share my experience with participants. I am sure mothers can relate to how I feel.”

According to Norlina, only three of her adopted children are diagnosed with HIV.

“I used to have four children with HIV but one passed away last year in August. She was only nine years-old,” she tearfully recalled.

“The rest of them are healthy. They are orphans whose parents either abandoned them, have died from illnesses such as AIDS or were born out of wedlock,” she explained.

She spends about RM50,000 monthly for all her children. Nonetheless, she has not asked for any financial help from her husband, Norlina told reporters.

“My husband was not very keen in the first place when I started adopting children but he has accepted it now. I don’t use his money. I do my own business and use my own money to take care of the children. There was a point where I had to lease my belongings but now I manage,” she said.

Uteh does not have a lot of time left, she informed reporters.

“His time is near. The doctors told me last year in July that he is dying. He stopped taking medication for his illness but still takes antibiotics to fend off infections and germs. I also give him supplements to stay strong,” she added.

Uteh is aware of his condition. He knows he is dying because he watched his adopted sister suffer the same fate.

“I asked him if he wanted to leave (die) in the hospital or at home. He told me ‘home’. So I’ve brought him home to be with me,” she said.

Norlina has also brought Uteh to visit his parents’ grave to pay respects. According to her, the simple boy has never demanded for anything.

“He is such a good boy. He never gives me troubles.

“He will die anytime but he is a strong boy. I love him with all my heart.”

Monday, March 15, 2010

Setinggan tak serik

Operasi meroboh penempatan haram dihuni warga asing tiada kesudahan

KOTA KINABALU: Walaupun sudah bertahun-tahun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini melaksanakan operasi meroboh rumah setinggan bagi membanteras masalah penempatan haram di bandar raya ini, ia masih gagal mencapai sasaran.

Buktinya, bancian DBKK pada awal tahun ini mendapati masih ada kira-kira 5,000 rumah setinggan di sekitar bandar raya ini dengan anggaran 10,000 penghuni yang kebanyakannya membina semula rumah di tapak yang dirobohkan sebelum ini. Bancian itu turut mengenal pasti 26 kawasan tumpuan penempatan setinggan dengan Menggatal, Inanam, Likas dan Sembulan antara lokasi utama penempatan haram yang kebanyakannya dihuni pendatang asing.

Persoalannya, bagaimana ia berlaku sedangkan DBKK melaksanakan operasi meroboh setinggan dengan anggaran kira-kira 1,000 rumah dirobohkan setahun tetapi apabila dibanci semula, rumah setinggan masih bertambah.

Ketua Pengarah DBKK, Yeo Boon Hai, berkata sebahagian besar setinggan dikesan dalam bancian terbaru itu ialah rumah baru yang didirikan semula di tapak setinggan yang pernah dirobohkan DBKK tahun lalu.

Katanya, sikap degil penghuni setinggan yang tidak serik membina semula rumah yang sudah dirobohkan adalah punca utama keadaan itu, menyebabkan sasaran membanteras masalah setinggan sukar dicapai sepenuhnya.
“Tahun lalu DBKK merobohkan 2,000 rumah setinggan tetapi bancian bulan lalu mendapati masih ada 5,000 rumah di 26 penempatan setinggan, termasuk yang pernah dirobohkan tahun lalu.

“Ini menunjukkan banyak rumah setinggan baru dibina semula di penempatan yang pernah dirobohkan. DBKK akan memperhebat operasi merobohkan rumah setinggan tahun ini bagi menghapuskan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun sudah banyak rumah setinggan dirobohkan, tindakan penghuninya membina semua penempatan haram mereka menyukarkan DBKK ‘menghapuskan’ masalah rumah haram.

Penempatan haram di belakang Likas Square dan Pusat Perdagangan Sabah, adalah antara kawasan setinggan yang tidak pernah selesai dirobohkan hingga sekarang berikutan penghuninya membina semula rumah.

Dalam operasi terbaru di kawasan itu yang disertai 30 anggota penguat kuasa DBKK awal bulan ini, 32 rumah dihuni warga asing dirobohkan.

“Bukan kali pertama kami merobohkannya tetapi penghuninya tidak pernah serik,” katanya.

Keadaan sama berlaku di kawasan setinggan lain seperti di Kampung Suang Parai dan penempatan haram tepi sungai serta kawasan bakau di belakang pusat beli-belah 1Borneo di Jalan Sulaman.

DBKK pernah menjalankan operasi besar-besaran di kawasan itu pada 2008 dan tahun lalu tetapi tinjauan mendapati masih ada rumah baru dibina semula dengan kebanyakannya dalam kawasan bakau bagi menyukarkan operasi meroboh.

Yeo berkata, usaha membanteras rumah setinggan bukan setakat untuk membersihkan bandar raya daripada penempatan haram tidak terurus, malah mengatasi kebanjiran pendatang asing di negeri ini.

“Kebanyakan penempatan haram dihuni warga asing. Kami yakin dengan terhapusnya rumah setinggan, usaha membanteras pendatang asing dapat dilaksanakan serentak,” katanya.

Beliau berkata, usaha membanteras masalah setinggan sejajar penguatkuasaan Undang-undang Kecil Bangunan Bandaraya Kota Kinabalu 1951 yang merangkumi semua binaan haram dalam kawasan bandar raya.

Usaha DBKK membanteras setinggan juga penting bagi mengatasi pencemaran sampah kerana sebahagian besar sampah yang mencemari sungai dan laut berpunca daripada setinggan.

Mereka juga dikenal pasti antara penyebab gangguan bekalan elektrik di bandar raya akibat tindakan penyambungan haram untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik secara percuma.

Berita Harian 15/03/10

Tuesday, March 9, 2010

A mistake to frown upon mixed marriages

Tuesday March 9, 2010 The Star Online




IT is with dismay that I read about the comments “think a thousand times” before entering into a mixed marriage by Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim lately.

It would have been far more appropriate had he said “think a thousand times” before taking the plunge irrespective of whom you wanted to marry rather than narrow the field to inter-racial marriage.

He stated that studies conducted between 1995 and 1998 by “several sociologists in the country had shown that seven out of 10 mixed marriages end in divorce”.

He did not elaborate on the credentials of the so-called “sociologists” and who assigned them to do the research and for what purpose. Neither did he explain why these sociologists did not do a parallel study on same race/religion marriages that ended in divorce. Had a parallel study been done, then one could compare the figures for a fairer and more legitimate comment to be made.

As a minister, he must be aware that divorce cuts across the board and is irrespective of race or religion. In fact, the divorce rates lately in the country were so conspicuous that the Cabinet decided to allocate RM15mil to oversee the immediate needs of divorced Muslim women.

He went on to say that “the failure of marriage is caused by cultural differences, religion and how a person is raised”. I am no sociologist but am of the opinion that although mixed-marriages may be more challenging, it is a misconception to think in our modern time of globalisation that the reasons for the breakdown of mixed-marriages are unique. In fact, when a marriage breaks down, the same reasons generally apply — whether mixed or not.

Perhaps his memory should be refreshed by what Umno stalwart and the then senior Minister, the late Khir Johari, said in reply to a question when I was an MP, on how best to bring Malaysians closer together — inter-marriages!

In the past, people used to argue that children of mixed parentage would face unique problems but this has proven to be a myth. History has shown that many children born to mixed marriages have triumphed beyond compare: genius golfer Tiger Woods, superstar actress Halle Berry and the 44th President of the United States Barrack Obama, to name a few.

Now that the Prime Minister has 1 Malaysia as his battle cry to unite Malaysians, it appears a little incongruous to pour cold water on the prospect of mixed-marriages although we understand that he must have meant well.

DR A. SOORIAN,

Seremban.

Overseas newspaper paints bad image of Malaysia

Tuesday March 9, 2010


LAST week, I was in Bangalore, India and stayed at the Ista Hotel. The newspaper provided is DNA (Daily News & Analysis).

On its Feb 22 edition, the newspaper provided damaging information about Malaysia under “yourworld” which gives a brief description of countries around the world daily.

DNA provided a brief description of our history, population, economic activities etc.

However, there was a paragraph that described Malaysia as a destination and transit point for the trafficking of women and children for sexual purposes.

The newspaper quoted that the information is from the CIA Factbook.

What have Wisma Putra and our embassy in India and US doing to correct this wrong information?

TAN CHEE WAN,

Subang Jaya.

Petikan dari The Star Online 9 Mac 2010

Monday, March 8, 2010

Masalah tempoh mansuh AP

JIKA 30 tahun lalu, tiada siapa yang dapat menjangkakan bakal ada usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam industri mengimport kereta terpakai yang berjenama. Ketika itu, industri pengimportan kereta-kereta mewah seperti jenama Porshe, Opel, Suzuki, Alfa Romeo, Rover dan banyak lagi dikuasai oleh kaum bukan bumiputera.

Bagaimanapun, pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 membuka peluang kepada bukan bumiputera terutamanya orang Melayu untuk berjinak-jinak dalam cabang sektor automotif.

Pengeluaran AP kepada pengimport kereta di kalangan usahawan bumiputera misalnya, adalah antara usaha kerajaan untuk mendekatkan jurang ekonomi di kalangan rakyat.

Dasar pengimportan kenderaan bermotor secara terkawal itu bagaimanapun bermula lebih awal berbanding DEB iaitu pada 1970 dan diperkenalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Ketika itu, peruntukan AP secara kuota tetap iaitu antara 30 hingga 200 unit setahun diberikan kepada kira-kira 269 syarikat pengimport bumiputera.

Dengan bermodalkan antara RM50,000 hingga RM100,000, syarikat bumiputera itu melibatkan diri secara aktif dalam usaha memecah monopoli syarikat bukan bumiputera. Sebahagian besar daripada mereka bermula dari bawah dengan modal, kepakaran dan rangkaian yang terhad.

Kerana itu ramai daripada mereka yang tidak dapat bertahan dan muflis terutamanya selepas tiga kali pusingan kegawatan ekonomi iaitu pada 1985,1994 dan 1997/1998. Ketika ini, jumlah syarikat pengimport ialah sebanyak 93 buah.

Namun apa yang lebih membimbangkan, syarikat pengimport kereta bumiputera selepas ini kemungkinan tidak akan wujud lagi. Ini bersandarkan kepada dasar baru kerajaan yang akan menamatkan jangka hayat AP terpakai pada 31 Disember 2015.

Dasar itu merupakan antara intipati kajian kajian semula Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan oleh kerajaan pada Oktober 2009. Selain pemansuhan AP, kajian semula DAN itu juga memerlukan syarikat-syarikat pengimport kereta membayar caj sebanyak RM10,000 bagi setiap kereta yang dibawa masuk.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Pemangku Presiden Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, perkara itu sangat mengejutkan kerana ia dibuat secara sebelah pihak.

Pandangan Pekema selaku wakil kepada pemain industri automatif bumiputera tidak diambil kira dalam dasar itu. Dasar itu benar- benar memberi impak negatif dan boleh membunuh pengimport kereta bumiputera khususnya orang Melayu.

Sedangkan, tegas beliau, pemansuhan AP terpakai atau terbuka sebelum ini yang menjadi antara intipati awal DAN, sudah pun dipersetujui untuk dilanjutkan sehingga 2020.

Pelaksanaan caj sebanyak RM10,000 bagi setiap AP yang dikeluarkan kerajaan pula tambah beliau, akan menyebabkan ramai pengimport kereta menanggung kerugian. Ini kerana banyak syarikat yang tidak mampu untuk menghabiskan kuota AP yang diberikan kepada mereka.

Zainuddin mengambil contoh sekiranya sesebuah syarikat mendapat 500 AP, syarikat itu perlu membayar caj sebanyak RM5 juta.

''Jumlah itu terlalu besar dan ia belum mengambil kira bayaran lain seperti cukai perniagaan dan sebagainya. Sementelah bayaran caj itu pula perlu dibayar sebaik pengimport mendapat AP dan bukannya selepas kereta terjual," katanya.

Justeru, kerajaan sewajarnya mengkaji semula dasar itu dan mengambil kira survivor pengimport bumiputera yang sudah lama berkecimpung dalam dunia automotif. Pengimport seperti yang dijelaskan oleh Zainuddin, tidak mempunyai halangan untuk membayar caj itu kerana menyedari kebaikannya yang ditubuhkan sebagai tabung pembangunan bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, caj itu biarlah pada kadar yang berpatutan dan mampu ditanggung oleh mereka. ''Pekema sudah menghantar permohonan untuk kerajaan menyemak semula caj tersebut dan menurunkannya kepada hanya RM5,000 dan dibayar selepas kereta dijual. Tetapi sehingga kini, kami masih belum mendapat jawapan," katanya.

Dalam isu pemansuhan AP itu, tambah Zainuddin, kerajaan tidak seharusnya terikut- ikut dengan desakan sesetengah pihak yang meminta ia dihapuskan. Alasannya kerana pemberian AP itu hanya memberi keuntungan kepada segelintir pihak semata-mata dan berlakunya penipuan.

Sedangkan Pekema sendiri sudah memberi jaminan kepada kerajaan untuk bertindak ke atas mana-mana pengimport yang melakukan kesalahan itu. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu melihat bagaimana dasar AP ini berjaya melahirkan ramai jutawan Melayu dalam bidang yang sebelum ini lebih banyak dikuasai oleh sektor asing.

Dasar pemberian AP itu juga tidak membebankan kerajaan dari mana-mana sudut sekali pun seperti kewujudan tabung khas atau sebagainya. Sebaliknya, usahawan bumiputera itu berdiri di atas tapak sendiri dan melalui pelbagai keperitan, cabaran dan halangan untuk bertahan dalam industri tersebut.

Sementelah, kewujudan dasar pemberian AP kereta terpakai itu juga tidak mengganggu pasaran kereta tempatan kerana ia hanya ditetapkan pada kadar 10 peratus sahaja daripada pengeluaran kereta tempatan. Malah pada tahun lalu misalnya, hanya tiga peratus kereta terpakai sahaja dibawa masuk iaitu sebanyak 17,983 buah.

Selain itu, kereta terpakai juga mempunyai kelompok pasaran tersendiri yang jauh berbeza dengan kelompok pasaran kereta tempatan. Seperkara yang perlu diberi perhatian ialah sumbangan industri kereta import ini kepada pembangunan dan pendapatan negara.

Syarikat pengimport kereta bumiputera ini telah mengeluarkan pelaburan bernilai puluhan juta ringgit dalam bentuk pinjaman jangka panjang dengan bank.

Mereka juga menyumbang lebih RM1 bilion setahun melalui pungutan duti eksais dan duti import iaitu 30 peratus daripada pungutan cukai industri automotif keseluruhannya.

Kebanyakan pengimport kereta bumiputera yang berjaya turut membuka rantaian perniagaan dalam pelbagai bidang seperti hartanah, perhotelan perladangan dan sebagainya membabitkan pelaburan yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion

Industri-industri lain seperti perkhidmatan pelabuhan tempatan, syarikat dan ejen forwading, syarikat pengangkutan, sektor baik pulih kenderaan, insurans, syarikat alat ganti dan aksesori turut merasai keuntungan daripada kerancakan sektor automotif itu.

Industri ini serta rantaian industri yang diwujudkan telah memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 70,000 orang rakyat tempatan.

''Kejayaan bumiputera dalam perniagaan kereta ini adalah antara hasil kejayaan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB). Justeru, kenapa dalam 30 tahun kewujudannya yang melahirkan ramai bumiputera berjaya, ia mahu dihapuskan begitu sahaja?" tegas Zainuddin.